Page 67 - Teks Tanah Kebun
P. 67
Tanah Kebun
pedihnya terasa seluruh hayat.
Mungkin bagi orang yang gagal dalam
percintaan pengalaman yang dilalui sungguh
pahit. Seperti hempedu rasanya dan mengambil
keputusan nekad tidak mahu bercinta lagi. Bagi
lelaki rela membujang manakala bagi perempuan
pula rela menjadi dara sehingga ke akhir hayat.
Bagi Rosnani kehadiran lelaki yang bernama Zaki
cuma seketika sahaja. Kemudian berlalu pergi
meninggalkan dirinya dalam sendiri dibayangi
derita.
Dalam erti kata lain Zaki adalah ibarat
setitis embun pagi yang membasahi dedaunan dan
rumput. Hilang dan kering apabila terbit matahari.
Namun begitu Rosnani tetap redha. Dia adalah
insan yang lemah di dunia. Semua ini adalah
suratan takdir dari Tuhan Yang Esa untuk menguji
hidupnya. Sebagai manusia apa yang telah
ditentukannya dia tidak mampu menolaknya.
Harus diterima dengan sabar dan tabah. Selagi
masih melihat matahari di siang hari dan
rembulan di malam hari. Sesungguhnya hidup ini
penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran. Perlu
dihadapi dengan kekuatan dan ketenangan.
Lantaran itu dia lalu mengambil
keputusan. Mengubati kekecewaan di hati dengan
bercuti di kawasan peranginan yang dahulunya
adalah merupakan sebuah perkampungan
nelayan. Dia memunajatkan doa ke hadrat Allah
SWT. Semoga diberikan kekuatan untuk
meneruskan hidup dan tetap menaruh harapan
agar ditemukan dengan lelaki yang lebih baik
67
Teks Tanah Kebun.indd 67 03/06/2020 16:42:23

