Page 72 - Teks Tanah Kebun
P. 72
Azaika SR
dalam-dalam lukisan itu.
“Saya tak fikirkan soal bayaran. Yang
penting kepuasan dalam berkarya. Agar insan
seperti awak faham apa yang tergambar dalam
perasaan saya. Mensyukuri kehidupan yang
dianugerahkan oleh Tuhan. Bermula dari kita
dilahirkan sehinggalah kematian menjemput kita
nanti,” dia menambah sebaliknya sambil
membetulkan duduk di lantai pondok.
“Dalam sekali kata-kata awak tu. Apa yang
saya lihat awak ni selain daripada seorang pelukis
juga seorang penyair rupanya,” ujar Rosnani pula.
“Melukis sudah menjadi darah daging
dalam hidup saya. Dunia penyair tidak pernah
saya ceburi. Cuma membaca buku-buku penyair
terkenal bertemakan ketuhanan, kemanusiaan dan
alam semula jadi. Saya tak boleh ketepikan karya
puisi kerana ia berkait rapat dengan lukisan yang
saya hasilkan. Walaupun bertemakan kehidupan
laut,” terang Wahid.
“Apa yang awak cakapkan itu memang
saya akui kebenarannya. Ada yang bernasib baik
dan ada yang tak bernasib baik. Ada yang bahagia
dan ada yang tak bahagia. Ada yang berjaya dalam
hidup dan ada yang tak berjaya dalam hidup. Tapi
bagi saya kita harus bersyukur dengan apa yang
telah dikurniakan oleh Tuhan,” Rosnani
menambah.
“Maafkan saya kalau bertanya. Itu pun
kalau awak tak keberatan dan menyentuh
perasaan awak untuk menjawabnya.” Dia
72
Teks Tanah Kebun.indd 72 03/06/2020 16:42:23

