Page 68 - Teks Tanah Kebun
P. 68
Azaika SR
daripada Zaki. Dia akur bahawa setiap yang
dikurniakan oleh Pencipta itu sama baik atau
buruk tersembunyi hikmah di sebaliknya. Di
sebalik kesedihan yang melanda dirinya sepanjang
malam dengan tiba-tiba sahaja dia teringat ungkap
yang berbunyi kalau kita tidak merasa bahagia
pada hari ini usah kecewa mungkin esok Tuhan
sudah sediakan hari bahagia untuk kita. Rosnani
lalu mengesat dengan tangan titis-titis air mata
yang membasahi pipinya apabila teringat kata-kata
yang penuh bermakna dan semangat itu.
Kesejukan alat penghawa dingin jelas
terasa mengepung seluruh ruang bilik itu.
Hawanya termampan pada dinding batu pejal yang
dicat dengan warna biru tua. Manakala
permaidaninya berwarna merah hati. Zaki lalu
berjumpa dengan Datuk Baharuddin ayah
Rosnani. Dia duduk tersandar di atas kerusi
pusing berwarna hitam sambil memakai kot dan
bertali leher.
“Macam mana ni, Datuk? Rosnani ni betul-
betul keras hatilah. Dah berkali-kali saya telefon
sejak semalam. Ditutupnya,” luah Zaki dalam nada
suara hampa.
“Kenapa Zaki beria-ia sangat nak hubungi
dia? Kan dia tengah bercuti. Biarkanlah. Tak usah
diganggu,” tambah Datuk Baharuddin pula. Dia
sudah tahu perkara yang sebenarnya berlaku. Tapi
dia buat pura-pura tidak tahu. Zaki berasa amat
tidak senang sekali apabila mendengar kata-kata
yang keluar daripada mulut Datuk Baharuddin itu.
“Saya nak tahu dia bercuti di mana. Saya
68
Teks Tanah Kebun.indd 68 03/06/2020 16:42:23

