Page 82 - Teks Tanah Kebun
P. 82
Azaika SR
Perlahan-lahan tunduk. Semakin banyak air
matanya yang tumpah. Sukar untuk dibendung
lagi. Tanda penyesalan. Yang hanya mampu
digambarkannya. Kerana membuatkan ayahnya
derita di atas perbuatannya selama ini.
“Kenapa jadi sampai begitu, Zam?” tanya
Shukri tak henti-henti pada Azam yang nampak
tunduk sugul. Rasa sedih dan pilu semakin kuat
menapak di jiwanya yang masih muda itu.
Dengan tiba-tiba saja cuaca yang di luar
tadi cerah bertukar menjadi redup. Panas terik
matahari yang tadinya menyinari seluruh alam
tidak lagi kelihatan. Langit sebaliknya bertukar
menjadi mendung. Angin bertiup lemah. Seolah-
olah turut menghulurkan simpati. Pada perasaan
yang dirasai oleh Azam ketika ini.
“Sebab dia berkahwin lagi. Selepas emak
aku meninggal dunia. Kerana terlalu marahkan dia
aku mengambil keputusan keluar daripada
rumah,” terangnya.
Baru Shukri mengerti. Apabila mendengar
penjelasan kawan serumahnya itu. Yang tadinya
merunduk layu. Kini bertentang muka dengannya.
“Oh, begitu kisahnya!” Shukri membalas
dengan anggukan.
“Tak seharusnya kau bersikap begitu,
Zam. Walau apa pun dia tetap ayah kau. Sudahlah
tu, Zam. Buang yang keruh ambillah yang jernih.
Pulanglah temui ayah kau. Selagi kesempatan
yang masih ada ini,” nasihat Shukri.
Azam lantas terdiam apabila mendengar
82
Teks Tanah Kebun.indd 82 03/06/2020 16:42:25

