Page 81 - Teks Tanah Kebun
P. 81

Tanah Kebun



                     “Tiba-tiba  saja aku teringatkan dia,”
              jelasnya.
                     Kesedihan    dengan    serta-merta   jelas
              kelihatan  di  wajah  Azam.  Matanya digenangi
              dengan air. Apabila terkenangkan ayahnya.
                     Rasa penyesalan yang teramat sangat juga
              mewarnai  hatinya.  Dengan apa yang telah
              dilakukannya terhadap lelaki  tua  itu.  Yang telah
              membesarkannya bersama arwah ibunya di dunia
              ini.
                     Seingatnya dia  mendapat belaian  penuh
              kasih sayang  daripada ayahnya.  Maklumlah anak
              tunggal kepada  ayah dan arwah  ibunya. Apa saja
              yang diminta pasti akan ditunaikan oleh ayahnya.
              Tapi inikah  balasan yang diberikan kepada
              ayahnya. Dia  lalu memejamkan mata.  Bila
              teringatkan semua itu.  Deraian  air  mata  mengalir
              laju. Umpama hujan turun yang mencurah-curah.
              Membasahi pipinya.
                     Rasa simpati lalu lahir di hati Shukri.
              Apabila melihat  wajah  rakan serumahnya itu
              dibalut  dengan kepiluan.  Sebaik-baik sahaja
              memberitahu mengenai ayahnya.
                     “Aku berdosa pada dia,”  terang  Azam.
              Bersama rasa sebak yang semakin kuat menikam-
              nikam perasaannya.
                     “Apa yang telah kau buat?” ulang Shukri
              lagi.  Sambil  mengangkat muka tinggi  sedikit
              memandang muka Azam.
                     “Aku membenci dia ….” Dia mengeluarkan
              bunyi nada suara yang lemah dan tak  bermaya.




                                     81






 Teks Tanah Kebun.indd   81                                   03/06/2020   16:42:25
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86