Page 80 - Teks Tanah Kebun
P. 80

Azaika SR


              keimanan hamba-Nya.
                     Setiapkali  selepas sembahyang dia  tidak
              lupa memunajatkan  doa. Moga anak  yang
              dirinduinya itu kembali semula kepadanya.
                     “Kenapa  ni, Zam? Dua tiga hari ni aku
              nampak kau termenung aje. Kau ada masalah ke?”
              soal Shukri. Rakan serumahnya.
                     Azam sebaliknya diam.  Tidak menjawab
              pertanyaan Shukri itu. Di luar cuaca nampak
              cerah.  Sejak dari  pagi  tadi  sehinggalah ke petang
              ini. Tanda-tanda hujan akan turun tidak kelihatan
              langsung.
                     “Cakaplah,  Zam? Kenapa kau jadi  begini?
              Tak macam selalu.  Atau kau tak sihat agaknya,”
              desak Shukri pula.
                     “Tak    ada    apa-apalah    …!”    Azam
              menggeleng-gelengkan    kepala    dan    berkata
              perlahan.
                     “Kau tak  usahlah,  risau.  Aku sihat,”
              sambungnya lagi sambil memandang wajah rakan
              serumahnya itu.
                     “Dah tu? Aku tengok kau sejak akhir-akhir
              ni muram. Macam memikirkan sesuatu. Kalau kau
              ada masalah kau beritahulah aku. Manalah tahu
              sebagai seorang kawan boleh tolong,” ucap Shukri.
              Yang duduk berhadapan dengannya.
                     “Pasal   ayah    aku.”  Azam     akhirnya
              mengalah.  Dengan memberitahu  perkara yang
              sebenar pada Shukri. Apa yang mengusik
              ingatannya. Sehingga dia jadi tidak menentu.





                                     80






 Teks Tanah Kebun.indd   80                                   03/06/2020   16:42:24
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85