Page 11 - KARANGAN
P. 11

ESESI  4  :  LANGKAH-LANGKAH  MEMUPUK  SEMANGAT  KEJIRANAN  DALAM
               KALANGAN MASYARAKAT

                       Dalam  mendepani  era  modenisasi  pada  abad-21  kini,  dunia  menyaksikan  iktisad
               negara  yang  kian  membangun  seperti cendawan  tumbuh  selepas  hujan.  Negara  yang
               semakin  pesat membangun  seperti tenggelam  sama  basah, timbul  sama  hanyut seiringan
               dengan negara maju lain. Namun begitu,  isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi
               polemik  dalam  kalangan  marhaen  di  Malaysia.  Dewasa  ini,  semangat  kejiranan  dalam
               kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih
               mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan
               pucuk masing-masing. Dari segi  konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai
               suatu  perasaan  yang  harus  dipupuk  oleh  setiap  masyarakat  di  Malaysia  tanpa  mengira
               warna  kulit  bangsa  dan  agama  dalam  usaha  untuk  mengukuhkan  perpaduan  kaum  demi
               negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat
               tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah
               jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau
               pun  kanan  dan  merupakan  orang  pertama  yang  membantu  kita  ketika  kita  berada  dalam
               kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya
               matahari.  Oleh  itu,  beberapa  langkah  yang  pragmatik  harus  diambil  bagi  memupuk
               semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.

                           Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa
               perlu  menjadi  suri  teladan  kepada  anak-anak.  Hal  ini  kerana  ibu  bapa  merupakan  guru
               pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan  yang baik
               kepada  anak-anak  maka  mereka  akan  mencontohi  teladan  yang  ditunjukkan
               kerana bagaimana  acuan  begitulah  kuihnya.  Sebagai  contoh,  ibu  bapa  haruslah
               mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang
               baik  atau  tidak.  Selain  itu,  ibu  bapa  haruslah  tidak  sombong  dengan  jiran  dan  sering
               bertegur-sapa  agar  dapat  memupuk  semangat  kejiranan.  Kesannya,  semangat  kejiranan
               dapat  dipupuk  antara  jiran  dalam  kalangan  anak-anak  dan  ibu  bapa  sekali  gus  dapat
               mewujudkan  masyarakat  yang  harmoni.  Sekiranya  cara  memupuk  semangat  kejiranan
               dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan
               bekerjasama  dalam  mentadbir  membangunkan  negara  ke  arah  kemajuan  negara  pada
               masa  akan  datang.  Tegasnya,  contoh  teladan  yang  terbaik  daripada  ibu  bapa  mampu
               memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

                               Memetik  wasitah  nirmala  seterusnya,  uslub  lain  untuk  memupuk  semangat
               kejiranan  dalam  masyarakat  setempat  di  Malaysia  ialah program  rukun  tetangga   di
               kawasan  perumahan  mesti  dihidupkan  semula.  Hal  ini  kerana  program  rukun  tetangga
               berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada
               malam hari.  Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-
               masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya,
               anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia,
               agama dan status. Secara ghalibnya, senario ini akan mewujudkan  jalinan hubungan yang
               mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut
               Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu,
               kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang
               utuh dan bersatu padu.

                           Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan
               aktiviti gotong-royong oleh ahli komuniti atau badan bukan kerajaan (NGO).  Melalui aktiviti
               gotong-royong,  jiran  dapat  berkumpul  dan  bekerjasama  sambil  berbincang tentang  aktiviti
               yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
               adalah  seperti  membersihkan  kawasan  taman,  menyediakan  hidangan  untuk  kenduri-


                                                                                               11 | P a g e
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16