Page 8 - KARANGAN
P. 8

ESEI 3 : PERANAN IBU BAPA UNTUK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA


               Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang di antara ahlinya
               Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucapkan
               Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta insan lain
               yang memerlukan

               Ayat-ayat  di  atas  memaparkan  signifikannya  keluarga  dalam  kehidupan  seseorang.
               Keluarga merupakan  satu  institusi  yang  amat  penting  dalam  sesebuah masyarakat.  “Baiti
               Jannati” atau “Rumahku Syurgaku” merupakan pepatah Arab yang sudah tidak asing lagi
               dalam kehidupan seharian kita. Rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan
               dalam kehidupan seseorang. Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga
               yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri
               dan sebagainya. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Allahyarham seniman agung
               tanah air, Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi tergigit inikan
               pula  suami  isteri.  Kehidupan  berkeluarga  tidak  lari  daripada  pergolakan  dan  perselisihan.
               Senario ini terbukti apabila  Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melaporkan setiap 15 minit
               satu kes perceraian dilaporkan berlaku. Statistik ini menunjukkan betapa rapuhnya institusi
               kekeluargaan di negara kita pada hari ini sedangkan sebahagian daripada kesempurnaan
               kebahagiaan  di  dunia  adalah  dengan  memiliki  keluarga  yang  bahagia.  Menurut  mantan
               Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato` Seri Shahrizat Abdul Jalil,
               keluarga bahagia merupakan asas kepada pembentukan masyarakat penyayang. Sebagai
               nakhoda dalam melayari bahtera perkahwinan, ibu bapa memikul obligasi yang berat untuk
               memastikan mahligai yang bina berada dalam kebahagiaan. Persoalannya, apakah peranan
               yang  wajar  dimainkan  oleh  ibu  bapa  untuk  membentuk  sebuah  keluarga  yang  bahagia
               seperti yang diimpikan oleh semua pihak?

               Peranan ibu bapa yang dominan ialah ibu bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-
               anak. Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting.
               Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan
               teladan  yang  baik  untuk  dicontohi  oleh  anak-anak.  Sebagai  contoh,  seorang  bapa  perlu
               berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa
               juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Kata orang, “ Yang tua dihormati, yang
               muda disayangi, barulah keluarga harmoni.” Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-
               dua  orang  tua  mereka,  mereka  juga  akan  meneladani  sikap  baik  itu  apabila  berinteraksi
               sesama  mereka  kerana  bagaimana  acuan  begitulah  kuihnya.  Jika  contoh  yang  murni
               diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak seperti sayang-menyayangi, toleransi serta
               prihatin  akan  membantu  perkembangan  jiwa  anak-anak  dan  juga  akan  mengeratkan
               hubungan  dalam  kalangan  anak.  Jika  hal  ini  terjadi,  rumah  akan  menjadi  syurga  kepada
               anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha
               untuk membahagiakan ahli keluarganya dengan memelihara maruah ahli keluarga walau di
               mana sekalipun mereka berada kerana benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau.
               Tegasnya, tingkah laku yang baik yang dipaparkan oleh ibu bapa kepada anak-anak bakal
               dapat mewujudkan keluarga yang bahagia kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
               nasi.

                                Selain  itu,  ibu  bapa  perlu  melengkapkan  diri  mereka  dengan  pengetahuan
               keibubapaan  bagi  memahami  tanggungjawab  besar  yang  terletak  di  atas  bahu  mereka
               dalam  memastikan  kebahagiaan  keluarga  mereka.  Pengetahuan  keibubapaan  ini  penting
               dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa atau pasangan yang ingin mendirikan mahligai
               perkahwinan  mereka  terutamanya  kepada  pasangan  yang  masih  mentah.  Sememangnya
               alam  perkahwinan  penuh  dengan  asam  garamnya.  Itulah  hakikat  yang  tidak  dapat
               disangkalkan lagi. Sebagai contoh, bakal-bakal ibu dan bapa boleh mengikuti kursus-kursus
               praperkahwinan  serta  kursus  pascaperkahwinan  yang  dikendalikan  oleh  pejabat  agama


                                                                                                8 | P a g e
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13