Page 15 - KARANGAN
P. 15

kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari
               kemerdekaan  pada  peringkat  taman  perumahan  dan  kampung  perlulah  digalakkan.  Di
               samping  itu,  Jabatan  Penyiaran  atau  stesen  televisyen  juga  perlu  mengadakan  forum
               tentang  semangat  patriotik  dengan  menjemput  tokoh-tokoh  akademik  daripada  pelbagai
               bangsa  dan  juga  tokoh  masyarakat  yang  memperjuangkan  semangat  kebangsaan  suatu
               masa  dahulu.  Aktiviti  tersebut  bukan  sahaja  dapat  memupuk  semangat  patriotik  malahan
               dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

               Semangat  patriotik  juga  dapat  dipupuk  melalui contoh  dan  teladan  daripada  pemimpin-
               pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
               politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka
               yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan
               dan  menekankan  kepentingan  menghargai  kemerdekaan  yang  telah  dicapai  hasil
               perjuangan  dan  titik  peluh  pejuang-pejuang  kemerdekaan  yang  terdahulu  dan
               menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati
               ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak
               dititikberatkan  oleh  semua  orang  sudah  pasti  kemerdekaan  yang  dinikmati  sukar  untuk
               dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

               Oleh  hal  yang  demikian,  usaha-usaha  untuk  memupuk  semangat  patriotik  perlulah
               dijalankan  sepanjang  masa  tanpa  henti.  Hal  ini  demikian  kerana,  semangat  patriotik  ini
               penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
               individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki
               semangat  patriotik  yang  tinggi  juga  akan  sentiasa  berusaha  untuk  memajukan  diri  dan
               negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan
               negara-negara  maju  yang  lain.  Skiranya  semangat  patriotik  tidak  dapat  dipupuk  dalam
               kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan
               mereka  hilang  jati  diri.  Oleh  itu,  semua  pihak  perlulah  berganding  bahu  dan  memainkan
               peranan  masing-masing  agar  semangat  patriotik  dapat  dipupuk  dan  disuburkan  dalam
               kalangan masyaraka
























                                                                                               15 | P a g e
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20