Page 9 - KARANGAN
P. 9

daerah  masing-masing.  Dalam  kursus-kursus  tersebut,  suami  isteri  akan  mendapat  ilmu
               untuk  melahirkan  sebuah  keluarga  yang  bahagia  melalui  ceramah  dan  bengkel-bengkel
               yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu
               tersebut,  perkara  yang  lebih  penting  adalah  bagi  mereka  mempraktikkannya  untuk
               melahirkan  sebuah  rumah  tangga  yang  penuh  dengan  sinar  kebahagiaan.  Dengan  ini,
               banyaklah  keluarga  yang  mithali  dapat  dilahirkan  dan  masalah  keganasan  rumah  tangga
               dapat  dielakkan.  Pendek  kata,  ilmu  pengetahuan  keibubapaan  yang  dimiliki  oleh  mampu
               merealisasikan impian untuk melahirkan keluarga yang bahagia.

               Jika  kita  lihat  dari  dimensi  yang  lain,  pemberian  perhatian  dan  kasih  sayang  yang
               secukupnya dari ibu bapa kepada ahli keluarganya juga dapat mewujudkan keluarga yang
               bahagia. Kasih sayang merupakan kunci utama kebahagiaan. Namun begitu, pada era yang
               penuh  dengan  persaingan  yang  sengit  ini,  masyarakat  bertambah  sibuk  dengan  usaha
               mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara
               hidup masa kini yang semakin meningkat. Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90
               peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit
               sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan
               golongan  yang  memerlukan  kasih  sayang  dan  perhatian  yang  secukupnya  daripada  ibu
               bapa mereka. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan
               peneraju  kehidupan  dalam  sesebuah  keluarga  perlu  meluangkan  masa  yang  berkualiti
               bersama-sama  dengan  anak-anak  mereka.  Atas  kepentingan  ini,  kerajaan  telah
               mengumumkan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti umum bagi kakitangan awam. Manakala
               pihak swasta pula, turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu
               pertama setiap bulan. Ibu dan bapa seharusnya merebut kesempatan ini untuk bermesra
               dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti
               dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberikan peluang kepada ahli
               keluarga  untuk  berhibur  di  samping  meluangkan  masa  untuk  mengeratkan  hubungan  di
               antara mereka. Oleh itu, sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-
               anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.

               Dalam  nada  yang  sama,  pemberian  didikan  agama  dan  moral  yang  sempurna  dalam
               kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga
               yang bahagia. Hal ini disebabkan oleh pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat
               membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan
               ibu  dan  bapa  yang  bertanggungjawab  serta  dapat  memikul  tugas  membangunkan  rumah
               tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan
               persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang
               tebal  juga  akan  mengelakkan  keluarga  daripada  bercerai-berai  disebabkan  alasan  yang
               kadang kala tidak munasabah. Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberikan didikan agama
               yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-
               anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama
               adik  beradik.  Benarlah  kata  orang  tua-tua,  yang  berat  sama  dipikul,  yang  ringan  sama
               dijinjing  dan  hati gajah sama  dilapah, hati kuman  sama  dicecah.  Maka, jika  semangat  ini
               dapat  diwujudkan  dalam  jiwa  setiap  ahli  keluarga  oleh  ibu  bapa,  sudah  pasti  sebuah
               keluarga      yang      mantap       dan      harmoni       akan      dapat      dilahirkan.

                                Akhir  kalam,  bayang  kian  jelas  bahawa  ibu  bapa  memainkan  peranan  yang
               signifikan  dalam  membentuk  sebuah  keluarga  yang  bahagia.  Institusi  keluarga  boleh
               diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Tanpa keluarga
               bahagia, sudah pasti kemakmuran negara akan terjejas. Banyak anak muda akan terlibat
               dalam  kebejatan  sosial  yang  sekali  gus  akan  menjahanamkan  agenda  pembangunan
               negara  sama  ada  dari  aspek  politik,  ekonomi  dan  sosial.  Oleh  itu,  ibu  bapa  sebagai
               pemimpin  atau  khalifah  keluarga  mestilah  memainkan  peranan  dengan  sebaik-baiknya
               untuk memastikan keluarga yang dibina bahagia tanpa persengketaan. Namun begitu, kita
               tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab berat ini atas pundak ibu bapa sahaja kerana


                                                                                                9 | P a g e
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14