Page 7 - KARANGAN
P. 7
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat beberapa langkah yang
dapat diimplementasikan oleh seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
apa-apa jua lapangan yang diceburi. Kecemerlangan seseorang pelajar dapat menjamin
masa depan seseorang pelajar yang lebih cerah. Pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti
diri yang tinggi dari segi akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Mereka menepati ciri-
ciri modal insan minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara.
Oleh itu, para pelajar haruslah fokus akan matlamat hidup mereka untuk menjadi insan yang
syumul dengan melakukan beberapa pendekatan yang telah dibincangkan. Namun begitu,
sekiranya kita meletakkan usaha ini atas bahu pelajar sahaja tidak mencukupi kerana
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, semua pihak terutamanya ibu bapa,
guru dan Kementerian Pendidikan haruslah menggembleng tenaga dan bersemangat tinggi
setinggi Gunung Himalaya untuk melahirkan insan kerdil yang berjiwa besar dalam
memburu kecemerlangan. Komitmen jitu daripada semua pihak sudah pasti dapat
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sekali gus usaha untuk
merealisasikan Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri dapat dicapai
dengan mudah. Diharapkan usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan syumul
untuk bersaing di peringkat antarabangsa tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
Benarlah kata Soekarno, “Berikan aku 10 orang belia waja nescaya akan aku gegarkan
dunia,” kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
7 | P a g e

