Page 16 - KARANGAN
P. 16

ESEI 1 : LANGKAH MEMELIHARA ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

                       (T)  Alam sekitar  adalah  sesuatu  yang  penting  dalam  kehidupan  manusia,  tidak
               mengira  bangsa,  agama  dan  negara.  Alam  sekitar  ini  termasuklah  kawasan-kawasan
               tumbuhan  hijau,  udara  dan  air  seperti  sungai  dan  laut.  (I)  Namun  demikian,  mutakhir  ini,
               arus  modenisasi  menderaskan  lagi  pembangunan  negara.  Pelbagai  projek  sosioekonomi
               dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Kita
               sebenarnya  tersepit  antara  keinginan  menjadi  sebuah  negara  maju  dengan  alam  sekitar
               yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa ditelan mati mak, diluah mati bapa. (A) Sebagai
               masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan
               yang  amat  berharga  ini.  Oleh  itu,  langkah-langkah  bersama  yang  pragmatik  dan  proaktif
               perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.
                        (I)  Salah  satu  langkah  yang  efektif  dalam  penjagaan  alam  sekitar  adalah
               dengan menggalakkan tanaman hijau.(M)  Tanaman pokok seperti pokok-pokok bunga dan
               sayur-sayuran  sangat  berguna  dalam  kehidupan  manusia.  Kepentingan  pokok  terhadap
               alam  sekitar umpama  aur  dengan  tebing iaitu  saling  memerlukan.  (BA)  Sebagai
               contohnya, pihak  ibu  bapa  atau  pihak  sekolah boleh  menggalakkan  aktiviti  penanaman
               pokok  seperti  pokok-pokok  bunga  di  kawasan  persekitaran  untuk  menyahut  seruan  atau
               menyokong  kempen  penanaman  pokok  yang  dijalankan  pihak  kerajaan  bagi  memulihara
               alam sekitar. (K) Kesannya, alam sekitar yang hijau dapat memberikan udara yang nyaman
               dan segar kepada penghuninya sekali gus dapat menghijaukan alam sekitar. (P)  Tegasnya,
               galakan  dalam  aktiviti  penanaman  pokok  dapat  memelihara  alam  sekitar  kita  daripada
               tercemar.
                        (I) Selain itu, penjagaan kebersihan sungai juga dapat memelihara alam sekitar. (M)
               Usaha  ini  penting  kerana  sungai  sungai  merupakan  nadi  kehidupan  kita  kerana  sungai
               merupakan sumber  bekalan  air  yang  utama  kepada  manusia  dan  haiwan.  (BA)  Untuk
               memastikan  sungai  terpelihara  daripada  sebarang  aktiviti  pencemaran, semua  anggota
               masyarakat perlulah  melibatkan  diri  secara  aktif  dan  kolektif  dalam  menjayakan  Kempen
               Cintai  Sungai  Kita  yang  dianjurkan  oleh  pihak  berautoriti.  Aktiviti  membersihkan  sungai

               perlulah dijalankan secara berkala dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Masyarakat juga
               perlulah  mengelakkan  tabiat  membuang  sampah  ke  dalam  sungai  kerana  perbuatan
               terkutuk  itu  akan  mendatangkan  kemudaratan  kepada  semua  makhluk  Tuhan.  (K)
               Kesannya,  sungai  yang  bersih  dapat  menjamin  kesihatan  yang  baik  di  samping  dapat
               menjaga  alam  sekitar  daripada  berlakunya  bencana  alam  seperti  banjir  kilat.  (P)  Izharlah
               bahawa  pemeliharaan  alam  sekitar  dapat  dicapai  melalui  kerjasama  menjaga  kebersihan
               sungai.
                        (I)   Seperkara     lagi,   langkah     yang     juga    praktikal    ialah semua
               rakyat perlu mengamalkan  kitar  semula barang  terpakai.  (M)  Program  kitar  semula
               memainkan peranan yang penting bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi
               yang mapan. (BA) Sebanyak 40 peratus sampah sarap seperti tin, besi buruk, botol, kertas
               dan  barangan  plastik  boleh  dikitar  semula.  Contohnya,  jika  kertas  dapat  dikitar  semula
               secara  maksimum  kita  dapat  mengurangkan  4,360  tan  sampah  sehari  yang  bersamaan



                                                                                               16 | P a g e
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21