Page 17 - KARANGAN
P. 17
78,000 batang pokok. (K) Impaknya, kita dapat menyelamatkan alam sekitar seperti pokok
dan dapat pula mengurangkan kos sumber tenaga serta menambah pendapatan keluarga.
Hal ini dikatakan sambil menyelam minum air. Pendek kata, amalan kitar semula yang
dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia dapat memelihara alam sekitar di negara kita.
(K) Sebagai intihanya, pemeliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan
pelbagai langkah yang diambil oleh pelbagai pihak kerana memelihara alam sekitar
merupakan tanggungjawab bersama. Sesungguhnya alam sekitar ini merupakan harta
paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. (CDGN) Oleh itu, semua pihak perlu
bersendel bahu dan bergabung tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni untuk memikul amanah menjaga dan memelihara alam sekitar kita. Hal ini
bersesuaian dengan pesanan Mantan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan
Sri Joseph Kurup yang menyeru semua pihak tanpa mengira umur, sektor swasta atau
kerajaan perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memelihara dan memulihara
alam sekitar yang semakin terancam pada hari ini sehingga menyebabkan banjir,tanah
runtuh dan pelbagai bencana alam yang lain. (HRPN) Diharapkan komitmen jitu daripada
pelbagai pihak dapat melestarikan keindahan alam sekitar yang menjadi platform kepada
kesihatan rakyat di negara kita. Hal ini bersesuaian dengan cogan kata ‘Negara Bersih,
Rakyat Sihat’.
17 | P a g e

