Page 19 - KARANGAN
P. 19
ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam
pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang
untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam
perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan
mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain rancangan sebegini,
program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga
harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan
pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan
penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia
yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang
minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian
para penumpang.
Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan
rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi
pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan
menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam
kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada
menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil,
tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang
mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan
yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal
ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun
mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan
awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan
pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka.
Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan
jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke
sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan
darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga
manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-
usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan
awam.
19 | P a g e

