Page 2 - KARANGAN
P. 2
sesuai untuk dibaca di samping mengamalkan budaya “bed story” sebelum tidur. Neville
Black, seorang ahli falsafah Barat, berpendapat bahawa ilmu pengetahuan adalah aset yang
paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak lain pada zaman globalisasi ini.
Atas kedahagaan menuntut ilmu pengetahuan, saya akan membaca dan terus membaca
sehingga menjadi seorang modal insan yang berminda kelas pertama. Berdasarkan
perbincangan di atas, pada hemat saya, saya perlu memupuk amalan membaca dalam diri
sekali gus menjadi suri teladan kepada adik-adik saya.
Selain itu, saya juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi Ilmu
Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar
membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini, saya perlu membaca dua versi
buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan dalam buku
NILAM. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan
bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga
boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Dalam program ini juga terdapat tahap Rakan Pembaca. Rakan Pembaca
berfungsi untuk menarik minat pelajar lain dan seterusnya berkongsi ilmu dengan mereka.
Kesannya pelajar lain juga akan turut sama menjadikan amalan membaca sebagai satu
keperluan dalam hidup mereka. Apa yang pasti, segala keinginan untuk meningkatkan
jumlah bahan bacaan yang dibaca perlu lahir daripada diri saya tanpa wujud paksaan
daripada pihak lain. Dalam hal ini, saya amat berpegang kepada ayat al-Quran yang
menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, sekiranya seseorang itu
sendiri tidak mahu mengubahnya.
Sementara itu, saya juga boleh pergi ke pameran buku, ekspo dan kedai buku. Hal ini
kerana, saya akan mengetahui pelbagai klasifikasi buku di sini. Misalnya, pameran buku
yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pameran Buku Kebangsaan.
Dalam pameran-pameran seperti inilah saya dapat membeli buku dengan harga yang murah
dan berpatutan dan membaca buku secara percuma di tempat-tempat yang disediakan di
pameran tersebut. Terdapat juga ruang-ruang khas yang disediakan di sudut maklumat di
pameran atau ekspo tersebut mengenai sinopsisi buku-buku yang dijual. Dengan ini, saya
dapat membaca secara ringkas tentang buku-buku tersebut sebelum membuat pilihan untuk
membelinya. Justeru, saya bukan sahaja dapat membaca secara percuma, malah dapat
menjimatkan masa, kos dan tenaga. Dengan mengunjungi pameran-pameran, ekspo atau
kedai buku, saya akan mengenali lebih ramai rakan yang berkongsi minat yang sama iaitu
membaca. Peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan amat bersesuaian dengan
perkara dan situasi yang saya bincangkan di atas.
Seterusnya, saya juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan. Buku-buku atau
majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja, tetapi juga bercorak
santai seperti Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi. Di manakah saya boleh
mendapatkan buku atau majalah tersebut? Saya boleh melanggannya melalui internet atau
meminta bantuan guru di sekolah untuk melanggannya. Impaknya, saya akan sentiasa
2 | P a g e

