Page 4 - KARANGAN
P. 4

ESEI 2 : LANGKAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

               Tidak  dapat  dinafikan  bahawa  setiap  pelajar  pasti  mempunyai  keinginan  untuk  mencapai
               kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya
               pelajar-pelajar  berusaha  bersungguh-sungguh  untuk  mencapainya.  Kecemerlangan  dalam
               peperiksaan bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai sekiranya pelajar itu sendiri
               mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi  untuk mencapainya. Namun begitu, dalam
               menelusuri arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini masih terdapat
               segelintir pelajar yang masih tidak menitikberatkan kecemerlangan akademik lantaran masih
               dibuai  lena  oleh  budaya  hedonisme.  Mereka  ini  lebih  mementingkan  keseronokan  dan
               hiburan  daripada  pendidikan.  Pelajar-pelajar    tidak  sepatutnya  menganggap  perkara  ini
               sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaan mampu menjamin masa
               hadapan seseorang pelajar yang lebih cerah. Oleh itu, pelajar-pelajar janganlah menyesal
               pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
               peperiksaan  jika  asyik  mengabaikan  pelajaran,  bak  kata  orang  tua-tua,  sesal  dahulu
               pendapatan,  sesal kemudian  tiada  berguna.  Persoalannya,  apakah  langkah-langkah  yang
               patut dilakukan untuk mencapai kecemerlangan seseorang pelajar?



                           Langkah  perdana  yang  perlu  dilakukan  oleh  seseorang  pelajar  yang  sentiasa
               mendambakan  kecemerlangan  ialah  dia  haruslah  mempunyai  sahsiah  dan  peribadi  yang
               unggul.  Seorang  pelajar  yang  mempunyai  peribadi  yang  unggul  akan  sentiasa  menjaga
               hubungan  baik  sesama  manusia  tidak  kiralah  ketika  bersama  keluarga,  guru  mahupun
               rakan-rakan. Mereka haruslah bercakap dengan menggunakan bahasa yang  sopan santun
               bagaikan  butir-butir  mutiara  yang  berharga.  Sebagai  contoh,  seseorang  pelajar  itu  perlu
               sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga perlu sentiasa berlapang
               dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Hal ini kerana bantuan yang diberikan
               dapat mengukuhkan pemahaman mereka atas penerangan yang diberikan. Sifat sombong
               dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang ingin cemerlang.
               Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan
               dengan  membeza-bezakan  bangsa,  agama  dan  prestasi  akademik  kerana  menyedari
               bahawa  setiap  manusia  adalah  sama  di  sisi  Tuhan.  Sahsiah  dan  peribadi  pelajar  yang
               cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul
               mesra  kerana  tidak  bersikap  seperti  kera  sumbang.  Oleh  itu,  jelaslah  bahawa
               kecemerlangan dapat dicapai melalui sahsiah dan peribadi yang unggul.



                           Langkah  yang  seterusnya  ialah  pelajar  haruslah  sentiasa  mengikut  ajaran  agama.
               Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama
               Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Mereka perlu menjadikan agama sebagai panduan
               hidup.  Agama  menjadi  landasan  yang  paling  ampuh  dalam  membentuk  diri  pelajar  yang
               cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah
               mengenal Tuhan dan agamanya.  Mereka seharusnya mempunyai nawaitu yang suci dalam
               setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang
               ingin  cemerlang  perlu  menunaikan  tanggungjawabnya  terhadap  Allah  iaitu  dengan
               menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Menurut Albert Einstein,
               “Agama tanpa ilmu ada buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.” Izharlah bahawa agama


                                                                                                4 | P a g e
   1   2   3   4   5   6   7   8   9