Page 1 - KARANGAN
P. 1

ESEI 1 :USAHA - USAHA INDIVIDU DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA



               Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan hari ini telah menyebabkan remaja hilang
               keyakinan  diri  dan  ketahanan  jiwa  sehingga  terdorong  melakukan  pelbagai  aktiviti  negatif
               seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme. Mengapakah remaja lebih gemar melakukan
               aktiviti  yang  tidak  mendatangkan  sebarang  faedah  kepada  mereka?  Tidak  pernahkah
               terdetik  dalam  sanubari  mereka  bahawa  terdapat  pelbagai  aktiviti  berfaedah  yang  boleh
               mereka  lakukan  khususnya  membaca?  Hal  ini  demikian  kerana,  membaca  akan
               menghubungkan  antara  manusia  dengan  segala  ilmu  pengetahuan.  Namun  begitu,
               berdasarkan kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun berbanding
               bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun. Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik
               persis  mutiara  kata  “yang  buruk  dibuang  dengan  runding,  yang  baik  ditarik  dengan
               muafakat” untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca.  Oleh itu, sebagai seorang
               pelajar  dan  remaja, kita  perlulah  mencari  inisiatif  dan  cara  yang  efektif untuk  menjadikan
               amalan membaca itu amalan hidup.



               Prakarsa pertama untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup ialah, saya perlulah
               rajin pergi ke perpustakaan. Marcapada, Malaysia tidak pernah ketandusan perpustakaan
               malah di negara ini terdapat pelbagai jenis perpustakaan, tamsilnya perpustakaan sekolah,
               perpustakaan  awam  dan  perpustakaan  bergerak.  Di  perpustakaan  yang  dikunjungi,  saya
               dapat membaca dan meminjam pelbagai jenis buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
               Saya  akan  sentiasa  berusaha  dan  rajin  ke  perpustakaan  untuk  membaca  walaupun
               memaklumi  bahawa  perpustakaan  yang  dipenuhi  dengan  buku  itu  ibarat  lautan  yang
               terbentang luas yang tidak mungkin dapat diteroka. Walaupun sekadar membaca sebuah
               buku seminggu, dapat saya rasakan ilmu yang diperoleh amat besar nilainya. Sementara itu,
               saya  juga  akan  melakukan  lawatan  sambil  belajar  ke  Perpustakaan  Negara  atau
               perpustakaan  di  universiti-universiti  terkemuka  di  Malaysia.  Selain  dapat  menyemai  minat
               membaca dalam diri, saya juga dapat melihat kecanggihan teknologi yang terdapat di situ
               bertepatan  dengan  kata  peribahasa  sambil  menyelam  minum  air.  Ternyata  pasti,  dengan
               bersikap rajin mengunjungi perpustakaan saya akan sentiasa terdorong untuk menjadikan
               membaca sebagai amalan hidup.



               Peribahasa  Melayu  yang  menyatakan  bahawa  di  mana  ada  kemahuan,  di  situ  ada  jalan,
               amat bersesuaian untuk saya jadikan pegangan dalam usaha memupuk amalan membaca.
               Kata-kata hikmat  di atas akan diperjelaskan serta dibahaskan dari perspektif menyediakan
               sudut bacaan di rumah atau bilik sendiri. Suka saya tegaskan bahawa perubahan diri sendiri
               merupakan  cara  yang  paling  proaktif  dan  mujarab  untuk  menjadikan  membaca  sebagai
               amalan dalam kehidupan. Demi memupuk budaya membaca dalam jiwa saya, saya perlu
               menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah untuk kegunaan semua ahli
               keluarga. Situasi ini akan menggalakkan serta mendorong kami sekeluarga supaya berjinak-
               jinak dengan bidang ilmu supaya amalan membaca diterapkan dalam minda setiap anggota
               keluarga.  Sementalahan  itu,  saya  perlu  membeli  pelbagai  judul  buku  yang  menarik  dan


                                                                                                1 | P a g e
   1   2   3   4   5   6