Page 5 - KARANGAN
P. 5
menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat
sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS).
Jika ditinjau dari dimensi yang lain, kecemerlangan seseorang pelajar dapat dicapai
jika pelajar itu sentiasa mengisi masa lapang dengan bijak. Setiap pelajar haruslah
menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang
dimilikinya. Mereka perlu sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai
aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah.
Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang dilakukan
seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat
penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja
belajar sahaja. Pelajar yang ingin cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang.
Hal ini kerana mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan
horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang
cemerlang bak kata slogan, membaca jambatan ilmu. Mereka juga perlu menyiapkan setiap
tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Bagi mereka, bertangguh itu pencuri
masa. Mereka juga tidak akan mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam
proses menuntut ilmu. Secara tidak langsung, pengisian masa yang bijak dapat mengekang
mereka daripada terjebak dalam kebejatan sosial yang kian menghambat golongan pelajar
kita seperti vandalisme, gengsterime, melepak dan sebagainya. Pelajar yang berdisiplin
dalam pengisian masa dengan aktiviti yang berfaedah juga dapat dilahirkan. Jadi, jelaslah
kepada kita semua bahawa pengisian masa yang bijak dapat membantu seseorang pelajar
untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan.
Di samping itu, seseorang pelajar juga perlulah sentiasa memberikan tumpuan ketika
guru sedang mengajar. Hal ini kerana perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah
satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman
mengenai subjek yang dipelajari. Seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima
puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar disebabkan faktor memberikan sepenuh tumpuan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Sebagai contoh, seseorang
pelajar haruslah memberikan sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam
proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan
memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas bukan sahaja menjadi salah
satu ciri kecemerlangan pelajar malahan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka
menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru.
Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan
kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan
5 | P a g e

