Page 3 - KARANGAN
P. 3

membaca  pada  setiap  masa,  menjimatkan  masa  dan  dapat  mengetahui  perkembangan
               terkini  apabila  melanggan  buku  pada  setiap  bulan.  Dalam  hal  ini,  saya  akan  menjadikan
               individu  yang  gemar  membaca  dan  sentiasa  dekat  dengan  buku  sebagai  idola.  Sebagai
               contoh,  A.Samad  Said  yang  terkenal  dengan  karya  puisinya,  Profesor  Ungku  Aziz,  Mary
               Renault  dengan  buku-buku  sejarahnya  dan  penulis  novel  tersohor,  Sharifah  Abu  Salem.
               Apabila  saya  menjadikan  mereka  sebagai  idola,  saya  akan  sentiasa  terdorong  untuk
               melanggan pelagai buku di pasaran sekali gus menjadikan membaca sebagai rutin hidup
               saya.



               Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi perkembangan
               dan kemajuan dengan menongkah arus globalisasi, liberalisasi dan duniawi yang melanda
               seantero dunia. Oleh hal yang demikian, untuk meneruskan perjuangan kita merealisasikan
               hasrat  membentuk  ”negara  pembaca  teras  negara  maju’.  Saya  juga  berperanan  penting
               dalam  menyahut  cabaran  negara  supaya  menjadi  seorang  rakyat  yang  minat  membaca.
               Pada  dasarnya,  media  massa  sebagai  arus  perdana  yang  berpengaruh  sama  ada  media
               cetak  atau  media  elektronik  sentiasa  mengadakan  pertandingan  atau  aktiviti  malahan
               kempen  kesedaran  di  seluruh  pelosok  negara  untuk  memupuk  minat  membaca  dalam
               masyarakat.  Oleh  hal  yang  demikian,  saya  perlu  menyertai  aktiviti  seperti  sayembara,
               menulis esei, syarahan dan sebagainya untuk menanam tabiat membaca. Tidak ketinggalan
               juga,  saya  dapat  mengajak  rakan-rakan  sebaya  ataupun  ahli  keluarga  untuk  menyertai
               kempen  ”Amalan  Membaca  Nadi  Ilmu  Pengetahuan”  bersama-sama.  Hal  ini  diibaratkan
               sambil menyelam minum air dan serampang dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan
               silaturahim serta mendapat info terkini tentang amalan membaca.



               Konklusinya, remaja perlulah berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan. Hal
               ini  kerana,  remaja  adalah  pewaris  tampuk  kepimpinan  negara.  Remaja  merupakan  aset
               negara  kerana  bertepatan  dengan  kata-kata    pemuda  harapan  bangsa,  pemudi  tiang
               negara.  Janganlah  dibiarkan  usia  remaja  dipenuhi  dengan  perkara  yang  sia-sia.
               Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan
               membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan ’Membaca Jambatan Ilmu’
               dan  ’Rakyat  Membaca,  Bangsa  Berjaya’  seperti  yang  diuar-uarkan  oleh  Perdana  Menteri
               kita, Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak. Generasi berpengetahuan merupakan tunjang untuk
               mencapai  wawasan  2020  bagi  menjadikan  Malaysia  sebuah  negara  maju  dalam  tempoh
               lapan tahun mendatang.
















                                                                                                3 | P a g e
   1   2   3   4   5   6   7   8