Page 20 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 20
113. Nyatakan 3 fungsi Kerajaan Tempatan
- Membantu Kerajaan Negeri dalam bidang pentadbiran dan penggubalan undang-undang kecil
- Menyediakan kemudahan rekreaksi dan perkhidmatan untuk penduduk setempat
- Memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam pengurusan
kawasan yang didiami mereka
- Memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan penduduk setempat
114. Nyatakan empat tugas pihak berkuasa tempatan.
- Menyediakan perancangan tempatan
- Mengeluarkan lessen
- Mengutip cukai-cukai tertentu
- Menguatkuasakan undang-undang kecil kerajaan tempatan
- Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan
- Merancang dan menyediakan kemudahan awam
115. Huraikan 2 tujuan penubuhan Kerajaan Tempatan
- Memberi peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan
yang didiami. Oleh itu hubungan antara kerajaan dan rakyat lebih rapat.
- Memastikan bahawa keputusan-keputusan yang mengandungi kepentingan rakyat dapat dibuat
dengan cepat dan selaras dengan keperluan dan kehendak penduduk tempatan
116. Jelaskan 4 sebab kerajaan menubuhkan perbadanan awam
- Kerajaan tidak dapat terlibat secara aktif dalam perniagaan
- Kerajaan dapat menceburi bidang yang tidak diceburi oleh pihak swasta
- Kerajaan dapat terlibat dalam industri yang berskala besar yang tidak mampu diceburi oleh
pihak swasta
- Kerajaan dapat menyediakan kemudahan asas yang baik kepada rakyat.
117. Nyatakan 2 jenis-jenis Kerajaan Tempatan
- Dewan/Majlis Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Daerah
118. Terangkan 2 situasi Kerajaan Persekutuan melakukan pengawalan terhadap Kerajaan Tempatan
- Apabila Parlimen menggubal dasar atau undang-undang untuk keseragaman contoh Akta
Kerajaan Tempatan 1971
- Apabila Kerajaan Persekutuan ingin memberi peruntukan kewangan kepada Kerajaan Tempatan
mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan
119. Nyatakan 4 peringkat pentadbiran Negeri Sarawak
- Bahagian
- Daerah
- Daerah kecil
- Kampung
120. Berikan 2 fungsi Majlis Kewangan Negara
- Menasihati kerajaan Persekutuan mengenai urusan dan pentadbiran kewangan sama ada
bagi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
- Menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai jumlah pembahagian hasil cukai dan royalti.
121. Terangkan 2 keadaan Majlis Kewangan Negara membantu Kerajaan Pusat atau Negeri dalam perkara-
perkara yang berkaitan dengan kewangan negara
- Apabila menasihat Kerajaan Persekutuan mengenai urusan dan pentadbiran sama ada
kewangan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
- Apabila menasihat Kerjaaan Persekutuan mengenal jumlah wang yang akan diberikan kepada
Kerajaan Negeri serta pembahagian cukai dan royalti
122. Nyatakan 4 fungsi Perbendaharaan Negara
- Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara
- Menganalisis kedudukan ekonomi negara dan antarabangsa
- Mendapatkan sumber kewangan negara
- Mengagihkan kewangan kepada agensi kerajaan
- Merumus dan melaksanakan dasar cukai
Unit Pengajian Am KISAS Page 20

