Page 6 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 6

SKEMA STRUKTUR PA1

                         1.  Nyatakan 3 ciri negara.
                            -   Mempunyai penduduk yang mendiami sesuatu wilayah secara tetap
                            -  Mempunyai sempadan yang jelas
                            -  Mempunyai kerajaan yang sistematik dan teratur

                         2.  Huraikan 2 ciri negara berdaulat.
                            -   Berwibawa iaitu diiktiraf oleh negara lain dan mempunyai hubungan dengan
                                luar negara
                            -   Merdeka iaitu tidak dijajah oleh kuasa asing atau negara luar
                            -   Beridentiti iaitu mempunyai ideologi sendiri dalam mencorak politik dan sosial
                                negara
                            -    Berkuasa sendiri iaitu berkeupayaan untuk mengawal hal ehwal dalam negara
                                tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing

                         3.  Nyatakan 4 fungsi kerajaan.
                            -   Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan dan kesejahteraan warganegara
                            -  Menyediakan kemudahan ekonomi
                            -  Menyediakan pelbagai perkhidmatan
                            -  Memastikan keamanan dan ketenteraman
                            -  Memastikan kestabilan persaingan
                            -  Melindungi alam sekitar
                            -  Menyediakan keperluan asasi
                            -  Memastikan kestabilan ekonomi

                         4.  Nyatakan empat fungsi kerajaan dalam mentadbir negara.
                            -   Menguatkuasa undang-undang
                            -   Merancang,melaksana, menilai dan menyelaras pentadbiran negara.
                            -   Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
                            -   Merancang dan melaksanakan program-program bagi kesejahteraan hidup rakyat

                         5.  Nyatakan 4 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold.
                            -   Bahasa Melayu akan dijadikan Bahasa Kebangsaan.
                            -   Negara baru yang dibentuk akan dinamakan Malaysia.
                            -   Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa untuk penentuan dasar imigresennya.
                            -   Perlembagaa baru Malaysia hendaklah berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu.

                         6.  Nyatakan 3 ciri negara demokrasi berparlimen.
                            -  Kerajaan atau pemerintah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
                            -  Parti politik yang menang majoriti dalam pilihan raya berhak membentuk kerajaan.
                            -  Rakyat mempunyai perwakilan di Parlimen melalui wakil rakyat yang dipilih melalui
                               pilihan raya yang diadakan 5 tahun sekali.

                         7.  Huraikan 2 perbezaan antara sistem Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kesatuan.
                            -  Kerajaan Persekutuan wujudnya pembahagian kuasa antara gabungan Kerajaan
                               Pusat dan Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Kesatuan merupakan gabungan
                               beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa
                               pemerintahan.
                            - Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa mutlak manakala Kerajaan Kesatuan
                               berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

                         8.  Apakah maksud doktrin pengasingan kuasa?
                            Pengasingan/pemisahan kuasa di antara badan pemerintah iaitu badan eksekutif, perundangan dan
                            kehakiman

                         9.  Berikan 3 kebaikan Doktrin Pengasingan Kuasa.
                            -  Mengelakkan pertindihan bidang kuasa antara ketiga-tiga badan kerajaan iaitu
                               badan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman
                            -  Mengelak berlakunya pemusatan kuasa oleh mana-mana badan kerajaan
                            -  Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan

                      Unit Pengajian Am KISAS                                                     Page 6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11