Page 11 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 11
41. Nyatakan 4 negeri yang tidak mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awamnya sendiri.
- Melaka
- Pulau Pinang
- Perlis
- Negeri Sembilan
42. Huraikan 2 tugas Ketua Audit Negara.
- Memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun kewangan Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan agensi-agensi kerajaan
- Menghantar laporan kewangan kepada Yang di-Pertuan Agong / Raja/ Yang di-Pertuan
Negeri yang kemudiannya akan dibentang di Parlimen/Dewan Undangan Negeri.
43. Huraikan 2 peranan suruhanjaya perkhidmatan awam.
- Membuat pelantikan anggota perkhidmatan awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar
sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota
Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarakat pelantikan
- Mengesahkan jawatan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan
tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan
perkhidmatan kerana gagal disahkan dalam jawatan.
- Menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak
termasuk anggota kumpulan sokongan.
- Menaikkan pangkat kakitangan
- Melaksanakan kawalan tatatertib
- Menukar kakitangan
44. Nyatakan 4 fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya.
- Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih
- Menentukan kelayakkan calon yang hendak bertanding dalam pilihan raya
- Menentukan tarikh pilihan raya (penamaan calon dan hari pengundian) untuk pilihan raya
umum dan pilihan raya kecil
- Menjalankan pilihan raya umum untuk memilih wakil rakyat di Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri
- Mengkaji hal-hal tentang persempadanan kawasan pilihanraya sekurang- kurangnya sekali
dalam tempoh 8 tahun .
45. Nyatakan 3 komponen Parlimen.
- Yang di-Pertuan Agong
- Dewan Rakyat
- Dewan Negara
46. Terangkan 2 keadaan yang membolehkan badan kehakiman mengisytiharkan sesuatu undang-undang
yang digubal oleh Parlimen tidak sah.
- Apabila undang-undang yang digubal di Parlimen dengan jelas bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan
- Apabila Parlimen mengubal undang-undang di luar dari bidang kuasannya seperti menggubal
undang-undang di bawah senarai negeri
47. Nyatakan 2 komponen badan perundangan negeri.
- Sultan/Raja/ Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertua Negeri
- Dewan Undangan Negeri
48. Berikan 4 fungsi Dewan Undangan Negeri.
- Membahas dasar-dasar Kerajaan Negeri dan hal-hal rakyat
- Membahas titah ucapan diraja, belanjawan negeri dan rang undang-undang
- Melulus dan menolak rang undang-undang
- Meminda undang-undang atau Perlembagaan Negeri
49. Huraikan 2 keistimewaan Dewan Undangan Negeri.
- Apa-apa prosiding dalam Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan dalam
Mahkamah
Unit Pengajian Am KISAS Page 11

