Page 9 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 9
- Seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap
oleh pihak berkuasa
- Seseorang yang ditahan berhak untuk mendapat pembelaan melalui khidmat
peguam bela atau membela diri sendiri.
- Seseorang berhak memohon habeas corpus apabila merasakan ia ditahan secara tidak
sah oleh pihak berkuasa.
25. Nyataka 4 cara untuk memperolehi kewarganegaraan Malaysia.
- Melalui kuatkuasa undang-undang
- Melalui pendaftaran
- Melalui masukan / naturalisasi
- Melalui percantuman wilayah
26. Jelaskan 2 cara untuk memperolehi kewarganegaraan Malaysia.
- Melalui kuatkuasa undang- undang iaitu orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia
(16 Sept 1963). Seseorang yang dilahirkan di Malaysia dengan salah seorang ibu
atau bapanya ketika itu adalah warganegara. Seseorang yang dilahirkan di luar
Malaysia dan bapanya pada ketika itu adalah seorang warganegara Malaysia
- Melalui pendaftaran - dia masih bersuami dan suaminya warganegara. Kerajaan
Persekutuan berpuas hati bahawa dia telah bermastautin di dalam Persekutuan
selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan dan berniat untuk bermastautin tetap
serta berkelakuan baik. Seseorang yang di bawah umur 21 tahun boleh didaftarkan
sebagai warganegara sekiranya ibu atau bapanya adalah seorang warganegara.
27. Nyatakan 4 syarat untuk memohon kewarganegaraan secara naturalisasi.
- Telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurang genap 10 tahun dalam tempoh
12 tahun sebelum tarikh permohonan
- Berniat untuk bermastautin tetap di Persekutuan
- Berkelakuan baik
- Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai
- Berumur 21 tahun dan ke atas
28. Nyatakan 2 sebab pelucutan seseorang warganegara di bawah perkara 24 Perlembagaan Persekutuan.
- Dengan sengaja telah memperolehi kewarganegaraan negara asing
- Warganegara berkenaan telah menggunakan hak keistimewaan negara asing seperti
memiliki pasport, mengundi dalam pilihan raya atau menjawat perkhidmatan awam
negara asing
29. Nyatakan 2 cara penamatan kewarganegaraan.
- Melalui penolakan kewarganegaraan secara suka rela
- Melalui pelucutan kewarganegaraan oleh Kerajaan Persekutuan
30. Jelaskan 2 sebab pelucutan seseorang warganegara di bawah perkara 25 Perlembagaan Persekutuan.
- Telah dengan jelas dan terbukti tidak taat sedia kepada negara
- Telah menipu dan memberi kenyataan palsu semasa memohon kewarganegaraan
- Telah berurus niaga dan mempunyai hubungan dengan negara musuh semasa peperangan
- Telah dijatuhkan hukuman penjara melebihi 1 tahun dan ke atas dan denda RM5000 dan ke atas
dalam tempoh 5 tahun selepas memperolehi kewarganegaraan
31. Nyatakan 2 kriteria yang diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan kepada
Kerajaan Negeri.
- Berasaskan bilangan penduduk
- Berdasarkan panjangnya jaringan jalan raya negeri
- Peruntukan Pembangunan Khas
32. Nyatakan 3 syarat yang diperlukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan
permohonan penolakkan kewarganegaraan.
- Pemohon berumur 21 tahun dan ke atas
- Pemohon seorang yang sempurna akal
- Tidak berlaku peperangan di dalam negara ketika permohonan penolakan dibuat.
Unit Pengajian Am KISAS Page 9

