Page 10 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 10
33. Huraikan 2 keadaan di mana Kerajaan Persekutuan berhak campur tangan berkaitan dengan senarai
negeri.
- Apabila Kerajaan Persekutuan ingin menjalankan apa-apa siasatan, tinjauan dan
pengumpulan data terhadap Kerajaan Negeri.
- Apabila Kerajaan Persekutuan ingin menjalankan penyelidikan, memberi nasihat dan
bantuan teknikal kepada Kerajaan Negeri.
- Apabila Kerajaan Persekutuan ingin memeriksa kegiatan-kegiatan Jabatan Negeri
dengan tujuan membuat laporan tentang kegiatan itu kepada Kerajaan Persekutuan.
34. Nyatakan 4 sumber hasil Kerajaan Persekutuan.
- Hasil-hasil cukai (Cukai Langsung dan Cukai Tidak Langsung)
- Hasil2 Bukan Cukai - Kutipan dari perkhidmatan seperti lesen, denda, permit
- Terimaan Bukan hasil - Jualan barang, pemberian dan caruman
- Hasil Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
35. Nyatakan 2 tujuan Kumpulan Wang Yang disatukan Persekutuan digunakan oleh Kerajaaan
Persekutuan.
- Digunakan untuk membayar semua hutang Kerajaan Persekutuan
- Digunakan untuk membayar pencen, pampasan, ganjaran atau saraan yang menjadi
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
36. Nyatakan 4 kuasa yang terletak di bawah senarai bersama.
- Kebajikan masyarakat
- Biasiswa
- Ternakan binatang
- Perumahan
- Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar
37. Nyatakan 4 kuasa tambahan bersama bagi negeri Sabah dan Sarawak.
- Perkapalan
- Air dan eletrik
- Wasiat
- Pencemaran makanan
- Perkahwinan, nafkah, penjagaan anak dan anak angkat
38. Nyatakan 4 kuasa tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak.
- Undang-udang dan adat bumiputera Sabah dan Sarawak
- Perbadanan dan pihak berkuasa yang ditubuh oleh Kerajaan Negeri
- Jabatan Ukur Tanah
- Kastam Tempatan
- Pelabuhan
- Keretapi Sabah
39. Nyatakan 4 jenis suruhanjaya perkhidmatan.
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
- Suruhanjaya Pasukan Polis
- Majlis Angkatan Tentera
- Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
40. Terangkan dua sebab Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikatakan agensi yang bebas.
- Keanggotaan - Ahli dilantik oleh YDPA tanpa pengaruh mana-mana pihak/Bukan pegawai
kerajaan/Tidak boleh memegang jawatan lain.
- Pengaruh -Tidak dipengaruhi oleh parti politk/Tidak dipengaruhi oleh mana-mana badan
kerajaan samada eksekutif,, perundangan dan Kehakiman.
- Kuasa – berkuasa penuh dalam proses pilihan raya
- Saraaan – Ditentukan oleh parlimen daripada Kumpulan Wang Yang disatukan Persekutuan
- Penyelesaian pertikaian – di selesaikan di mahkamah
Unit Pengajian Am KISAS Page 10

