Page 8 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 8
- Persempadanan semula kawasan pilihan raya
- Peruntukan tambahan kewarganegaraan
- Bertujuan untuk mewujudkan keseragaman undang-undang antara negeri
18. Huraikan 2 bukti bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di
Malaysia
- Yang di-Pertuan Agong adalah Raja Berperlembagaan dan tertakluk kepada sekatan yang
ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
- Parlimen memperolehi kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen tidak boleh
meluluskan undang-undang yang dianggap bertentangan dengan perlembagaan
Persekutuan.
- Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan. Undang-undang bercanggah dianggap terbatal setakat bahagian yang
bercanggah sahaja.
19. Nyatakan 4 sebab penubuhan Malaysia.
- Mempercepatkan proses kemerdekaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei yang masih dijajah oleh pihak British.
- Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan penduduk bukan bumiputera.
- Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat
- Menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara, terutamanya di Singapura dan
Sarawak yang boleh menggugat kestabilan politik serantau.
20. Huraikan 2 kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
- Kebebasan diri - Huraian
- Pengabdian dan kerja paksa - Huraian
- Hak-hak berkenaan dengan pendidikan - Huraian
- Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak didiskriminasikan dari segi
agama, keturunan, tempat lahir atau jantina - Huraian
- Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian
persekutuan
- Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
- Kebebasan beragama
- Kebebasan memiliki harta
21. Jelaskan 2 cara kedudukan Bahasa Melayu dipelihara dalam Perkara 152.
- Menggunakan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan
- Mendakwa sesiapa yang didapati menghina dan mempersoal kedudukan Bahasa Melayu di bawah
Akta Hasutan 1984
22. Nyatakan 4 perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan.
- Agama Islam sebagai agama Persekutuan
- Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu
- Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
- Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
- Kerakyatan/kewarganegaraan
- Kedudukan dan hak sah kaum bukan bumiputera
23. Huraikan 2 keadaan Bahasa Inggeris boleh digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi mengikut
peruntukan Perkara 152.
- Bahasa Inggeris boleh digunakan apabila berurusan dengan negara luar seperti menghantar
perutusan ke negara luar atau organisasi antarabangsa
- Apabila mengadakan latihan, kursus atau program yang dijalankan oleh pakar-pakar luar negara
kepada kakitangan awam
24. Nyatakan 4 hak seseorang individu di bawah perkara kebebasan diri.
- Tiada seseorang boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali
menurut undang-undang
- Seseorang tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa
ke hadapan seorang majistret untuk mendapat perintah tahanan.
Unit Pengajian Am KISAS Page 8

