Page 7 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 7
badan kerajaan yang lain.
- Melicinkan pengurusan dan pentadbiran negara
10. Terang 2 keadaan saling bergantungan antara ketiga-tiga badan eksekutif, perundangan dan
kehakiman di Malaysia.
- Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua bagi ketiga-tiga badan kerajaan
- Perdana Menteri dan menteri menjalankan fungsi-fungsi eksekutif dan pada masa yang sama
merupakan ahli parlimen yang terlibat dalam penggubalan undang-undang.
11. Apakah maksud perlembagaan?
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi sesebuah negara. Ia menjadi sumber rujukan kepada
undang-undang lain
12. Nyatakan 3 ciri Perlembagaan Persekutuan.
- Ia merupakan dokumen bertulis
- Boleh dipinda
- Undang-undang tertinggi negara
13. Huraikan 2 kepentingan perlembagaan.
- Mewujudkan satu pemerintahan yang adil – Perlembagaan undang2 yang mengandungi peraturan
sebagai asas kepada perjalanan sebuah kerajaan yang adil
- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa – Perlembagaan merupakan panduan kepada kerajaan
supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan
- Menjamin pentadbiran yang teratur dan sistematik –Perlembagaan menjelaskan tentang adanya
pengasingan kuasa dan struktur pentadbiran yang teratur
- Menjamin hak asasi warganegara – Perlembagaan menjamin hak asasi warganegara supaya hidup
aman dan sejahtera
- Memupuk perpaduan/intergrasi – Perlembagaan dapat mewujudkan suasana yang boleh
menyatupadukan rakyatnya
14. Nyatakan 4 cara untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
- Mendapat pungutan suara majoriti biasa di kedua-dua Majlis Parlimen
- Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga di kedua-dua Majlis Parlimen
- Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga di kedua-dua Majlis Parlimen dan mendapat
persetujuan Majlis Raja-Raja.
- Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga di kedua-dua Majlis Parlimen dan
persetujuan Yang di-Pertuan Negeri Sabah dan Sarawak
- Melalui deklarasi darurat di bawah perkara 150
15. Nyatakan 4 tujuan pindaan perlembagaan.
- Memastikan undang-undang yang digunakan relevan dengan keadaan dan
kehendak semasa
- Melicinkan pentadbiran negara
- Melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat
- Menjaga keselamatan negara
16. Nyatakan 4 perkara yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja apabila Parlimen ingin meminda
Perlembagaan Persekutuan.
- Kewarganegaraan
- Hasutan dan kebebasan bercakap
- Majlis Raja-raja
- Keutamaan Raja-raja dan Yang di-Pertuan Negeri
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
- Kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain
serta hak yang sah bagi kaum-kaum lain.
- Keistimewaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
- Kedaulatan Raja-raja Melayu
17. Nyatakan 4 perkara yang memerlukan sokongan majoriti mudah di Majlis Parlimen untuk
pindaan Perlembagaan Persekutuan.
- Bentuk sumpah dan ikrar
- Pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara
Unit Pengajian Am KISAS Page 7

