Page 34 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 34
Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
November 2016
5.4. Kaedah Pentaksiran
Pelaksanaan PAV bermatlamatkan pembentukan modal insan yang boleh bekerja dan
berkelayakan serta diiktiraf memiliki kemahiran kebolehkerjaan, kemahiran teknik, kemahiran
keusahawanan, jati diri dan sahsiah. Oleh yang demikian, pentaksiran sekolah merupakan satu
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani)
dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diaplikasikan
dalam pentaksiran PAV. Pentaksiran PAV menggunakan empat kaedah iaitu:
5.4.1. Pentaksiran Sekolah (PS) Tingkatan 1 hingga 3 - Sepanjang Tahun
Pentaksiran yang dirancang, dibina, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
merujuk garis panduan, kurikulum dan standard prestasi akademik/standard
komponen vokasional. Berikut keterangan lanjut berkaitan Pentaksiran Sekolah:
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Jati Diri & Teknologi Kemahiran Vokasional
Vokasional
Masa Sepanjang tahun Sepanjang tahun
Pengetahuan Pengetahuan
Konstruk Kemahiran Kemahiran
Nilai Nilai
Contoh : Contoh :
Jenis Secara lisan Secara lisan
Pentaksiran Kuiz Kuiz
(mengikut Folio/Skrap Folio/Skrap
bidang) Amali Amali
Pemerhatian Pemerhatian
Ujian Bertulis Ujian Bertulis
Wajaran 100 % 100 %
5.4.2. Pentaksiran Pusat (PP) Tingkatan 3 – Oktober
Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah
oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. PP bagi Komponen Jati
Diri dan Teknologi Vokasional dalam bentuk berikut:
UJIAN BERTULIS UJIAN LISAN UJIAN AMALI
BMK, EFC, BMK, EFC Pendidikan Islam, Sains
Pendidikan dan TMK
Islam/P.Moral,
Sejarah
Wajaran: 100 %
31

