Page 30 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 30
Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
November 2016
kompeten Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Contoh DSK PAV adalah
seperti di Lampiran F. Contoh Modul Pembelajaran PAV adalah seperti di Lampiran G.
4.5. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Kurikulum PAV menawarkan pendekatan pedagogi berkonsep guru sebagai fasilitator
iaitu “kurang mengajar” (teach less), dan murid “belajar lebih” (learn more) melalui
pembelajaran secara pengalaman dan pengalamian (hands on). Kurikulum PAV adalah
menggunakan konsep Competency-Based-Training and Assessment (CBTA) yang
membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid
PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Maklumat
berkaitan CBTA adalah seperti di Lampiran H.
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan
pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan
menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
Pendekatan modular berasaskan kompetensi
Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti
Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
Pembelajaran Masteri
Integrasi TMK merentas kurikulum
Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
Lawatan industri
Penekanan kepada pengurusan kewangan berhemah
4.6. Penulisan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian
Format penulisan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian
bagi guru PAV perlu disesuaikan dengan kaedah CBTA. Sebagai permulaan kepada CBTA,
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) digantikan dengan Rancangan Sesi Latihan (RSL)
dan Rancangan Pengajaran Harian digantikan Rancangan Pembelajaran (RP). Guru PAV
boleh memperolehi format RSL dan RP semasa menghadiri kursus berkaitan kurikulum dari
semasa ke semasa. Panduan penulisan RSL dan RP adalah seperti di Lampiran I.
27

