Page 22 - Buku Program MSSR MIRI 2020
P. 22
5. PENDAFTRAN PESERTA
5.1 Pendaftaran peserta-peserta hendaklah dibuat dan dihantar pada atau
Sebelum 31 Januari 2020 Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah
dilengkapkan dan disahkan oleh sekolah masing-masing.
5.2 Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara berganti-ganti
dikehendaki mendaftar juga.
5.3 Peserta-peserta (12 tahun, 11 tahun dan 10 tahun) mestilah disertakan dengan
salinan Surat Beranak yang telah disahkan oleh GB/PK sebagai pengesahan
rasmi. Dokumen-dokumen lain seperti Surat Akuan atau Surat Sumpah tidak
akan diterima.
5.4 Hanya murid sekolah yang lahir dalam tahun 2008 atau selepas 2008 sahaja yang
layak dan sah untuk menyertai kejohanan tahun 2020.
5.5 Bagi 11 tahun, murid yang lahir dalam tahun 2009 atau selepas 2009 sahaja yang
layak dan sah untuk menyertai kejohanan tahun 2020.
5.6 Bagi 10 tahun, murid yang lahir dalam tahun 2010 atau selepas 2010 sahaja yang
layak dan sah untuk menyertai kejohanan tahun 2020.
6. PENARIKAN PENGGANTIAN
6.1 Mesyuarat
6.1.1 Mesyurat pengurus akan diadakan pada 31 Januari 2020.
6.1.2 Nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara
hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat pasukan.
6.1.3 Pengganti secara keseluruhan untuk seseorang peserta yang menarik
diri (jika ada) hendaklah dibuat pada mesyuarat pengurus tersebut
diatas.
Selepas itu, semua pertukaran/ penggantian peserta TIDAK AKAN
DILAYAN.
6.2 Taklimat Pengurus-pengurus pasukan semasa taklimat ini, hanya perkara-
perkara berikut berkaitan senarai peserta boleh dilakukan.
6.2.1 Penyerahan borang penyertaan dan senarai nama atlet.
6.2.2 Pengesahan peserta (Penyemakan dokumen atlet, sijil lahir dan kad
Peserta)
6.2.3 Undang-undang pertandingan.
6.3 Penarikan diri semasa kejohanan dijalankan.
6.3.1 Jika didapati seseorang peserta yang telah disahkan pada taklimat-
taklimat Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu
acaranya. Maka peserta itu dianggap sebagai menarik diri tanpa
sebab pengesahan sakit/ cedera. Bagi penarikan diri tanpa sebab,
atlet berkenaan tidak dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya
yang didaftar atas namanya.
22

