Page 23 - Buku Program MSSR MIRI 2020
P. 23
6.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara
selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa sebab,
adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara
seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada semua acara bersebab
boleh mengambil bahagian seterusnya dalam acara yang
didaftarkan
atas namanya.
6.4 Penggantian dalam acara berganti-ganti
6.4.1 Penggantian bagi acara lari berganti-ganti dihadkan kepada 2 orang
peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi. Peraturan
ini meliputi penyertaan dipusingan awal dan akhir. (30 minit) sebelum
pertandingan dimulakan, senarai 4 orang peserta untuk lari
berganti-ganti hendaklah didaftarkan kepada Ketua Penyelia Peserta
Pendaftaran.
6.4.2 Keempat-empat peserta lari berganti-ganti wajib menggunakan
“Running Vest” yang sama jika tidak penyertaan akan dibatalkan.
6.5 Pengesahan Peserta
6.5.1 Semua pasukan (sekolah) dikehendaki mengemukakan dokumen
Yang diperlukan (Salinan sijil lahir dan Kad peserta atlet) semasa
pengesahan yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknik pada
mesyuarat/ taklimat pengurus-pengurus pasukan pada 31 Januari
2020.
7. PENGGUNDIAN LORONG
7.1 Penggundian lorong bagi acara-acara balapan akan dilakukan oleh
Jawatankuasa Pengelola yang akan diketuai oleh Bahagian Urusetia
Kejohanan. Atau wakil dari sekolah yang mengelola pada Mesyuarat Pengurus
Pasukan pada 31 Januari 2020.
7.2 Setiap sekolah wajib menghantar seorang wakil untuk menghadiri pengundian
lorong pada masa dan waktu yang telah ditetapkan seperti di atas.
7.3 Penggundian lorong akan diadakan serentak dengan mesyuarat pengurus
Pasukan dan diadakan di bilik berasingan.
8. MELAPORKAN DIRI PESERTA
8.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta (Competitor
Steward)15 minit sebelum acara-acara mereka disertai bermula (Pihak
Jawatankuasa berhak membuat pindaan dalam aturcara jika difikirkan perlu)
8.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik
arena pertandingan.
8.3 Hebahan tentang panggilan peserta untuk melaporkan diri tidak akan dibuat.
Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan. Maklumat
23

