Page 27 - Buku Program MSSR MIRI 2020
P. 27
18.3 Sekiranya bantahan tersebut tidak berasas wang pertaruhan tidak akan
dikembalikan.
19. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
19.1 Tiap-tiap acara yang dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi
Teknik Balapan dan Padang MSSR, berhak meminda susunan acara jika
difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, pengurus-pengurus pasukan akan
dimaklumkan.
19.2 Jawatankuasa Pengelola memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia
dalam Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM),
Persatuan-persatuan AM MSSR atau Peraturan-peraturan Kejohanan Olahraga
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam
kejohanan ini.
20. LAIN-LAIN HAL
20.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-
pegawai. Orang yang tidak berkenaan dilarang masuk ke tempat-tempat
khas tersebut.
20.2 Selain daripada pegawai-pegawai teknik yang bertugas, peserta-peserta
yang mengambil bahagian, tidak sesiapapun dibenarkan masuk ke arena
pertandingan kecuali dengan kebenaran Pengurusan Kejohanan.
20.3 Jawatankuasa pengelola tidak bertanggungjawab ke atas sebarang
kemalangan/ harta benda atau sebarang kecederaan lain yang berlaku.
20.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah/ rumah ke stadium.
20.3.2 Semasa kejohanan dijalankan.
20.3.3 Di dalam dan di luar stadium.
20.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat yang munasabah.
20.5 Segala masalah teknikal berlaku semasa sesuatu acara tersebut tertakluk
kepada budi bicara.
27

