Page 24 - Buku Program MSSR MIRI 2020
P. 24

meminta peserta melapor diri hanya disiarkan di papan kenyataan di tempat
                          Penyelia Peserta.
                 8.4    Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap, nombor-nombor peserta
                          hendaklah disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.
                          (Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi peserta berkenaan tidak akan dibenarkan
                          menyertai acara tersebut.
                 8.5    Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum acara mereka
                          dimulakan tidak dibenarkan mengambil bahagian untuk acara tersebut dan
                          dianggap sebagai menarik diri.

          9.     PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
                  9.1   Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila masuk dan keluar daripada
                          pertandingan diiringi oleh penyelia peserta.
                  9.2   Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta
                          hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap
                          hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor –nombor mereka dan balik ke
                          tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang.

          10.    MEMANASKAN BADAN

                  10.1 Peserta-peserta/ atlet dibenarkan memanaskan badan di kawasan parkir kereta
                          stadium.


          11.   PERMULAAN (SPIKES) DAN PERALATAN

                  11.1 Bagi acara-acara balapan, mulaan dekam (Crouch Start) mesti digunakan dan
                          penggunaan “Starting Blocks” adalah diwajibkan. Peserta dibenarkan
                          menggunakan  starting blocks sendiri sekiranya tidak menggunakan starting blocks
                          yang disediakan oleh penganjur.


          12.    PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

                  12.1 Paku Kasut: Kejohanan ini akan diadakan atas balapan jenis sintetik. Panjang
                          maksimum paku kasut (Spikes) tidak boleh melebihi 6 mm, kecuali untuk acara
                          lompat tinggi. Untuk acara tersebut paku tidak melebihi 9 mm.
                  12.2 Peralatan: Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan semua peralatan
                          termasuk blok permulaan (starting blocks). Penggunaan peralatan sendiri
                          dengan syarat ia diserahkan kepada Pengerusi Teknik terlebih dahulu untuk
                          disahkan.
                          Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan peralatan orang lain kecuali
                          mendapat kebenaran  tuan empunya.








                                                         24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29