Page 26 - Buku Program MSSR MIRI 2020
P. 26
16. KELAYAKAN KE PERINGKAT AKHIR
16.1 Jika terdapat 6 saringan pemenang tempat pertama dari setiap saringan
dan 2 orang peserta lagi mencatat masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.
16.2 Jika terdapat 5 saringan pemenang tempat pertama dari setiap saringan dan
3 orang peserta lagi mencatat masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.
16.3 Jika terdapat 4 saringan pemenang tempat pertama dari setiap saringan dan
4 orang peserta lagi mencatat masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.
16.4 Jika terdapat 3 saringan, 2 peserta (pertama dan kedua dari tiap-tiap saringan)
dan 2 peserta yang mencatat masa terbaik dari ketiga-tiga saringan akan layak
ke peringkat akhir.
17. HURUF PENGENALAN MSSR DAERAH MIRI
17.1 Kod sekolah adalah seperti yang telah ditetapkan. (Sila rujuk lampiran yang
disertakan)
17.2 Setiap sekolah dikehendaki menyediakan nombor peserta masing-masing.
Nombor-nombor tersebut hendaklah dicetak di atas kain putih yang berukuran
20 X 14 cm dengan warna hitam.
M 601
14 cm
20 cm
17.3 Urutan nombor peserta mengikut kategori:
Bil Kategori Nombor Peserta
1 12 Tahun Bermula 601
2 11 Tahun Bermula 501
3 10 Tahun Bermula 401
18. BANTAHAN
18.1 Mestilah dibuat dalam masa 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan
bagi acara tersebut.
18.2 Sebarang bantahan mestilah dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan
dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Dua Ratus
Ringgit Sahaja) kepada Juri Rayuan.
26

