Page 101 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 101

pemimpin yang dapat memimpin berlandaskan ilmu pengetahuan yang tepat dan telus. Justeru
               itu, amatlah penting bagi pelajar dalam memastikan pembelajaran mereka berjalan lancar dan
               dapat  ditamatkan  dalam  tempoh  yang  telah  ditetapkan  oleh  universiti.  Gambarajah  7.17
               merumuskan  peratus  pelajar  bergraduat  dalam  tempoh  bagi  program  Ijazah  Sarjana  Muda
               Perakaunan dengan Kepujian (BACC) bagi tahun 2015-2017.

               Graf  menunjukkan  peratus  pelajar  BACC  yang  bergraduat  dalam  tempoh  yang  ditetapkan
               meningkat  dari  84.98%  pada  peperiksaan  Disember  2015  ke  94.73%  pada  peperiksaan
               Disember 2016 dan terus meningkat ke 97.92% pada peperiksaan Disember 2017. Pencapaian
               GOT bagi peperiksaan Disember 2016 dan Disember 2017 adalah melebihi sasaran yang telah
               ditetapkan iaitu 90%. Peningkatan yang memberangsangkan itu adalah merupakan hasil dari
               projek  pembangunan  intelektual  pelajar  FPN  seperti  GOT-Q,  IRC,  Mentor-Mentee,  syarahan
               dari  pengamal  industri  dan  badan  profesional  dan  sebagainya  memainkan  peranan  penting
               dalam peningkatan GOT pada bermula tahun 2016 dan seterusnya pembangunan intelektual
               pelajar.  GOT  amatlah  penting  bagi  membolehkan  graduan  untuk  memenuhi  hasrat  Negara





                                  100.00%                                             2017
                                   80.00%
                                   60.00%                                           2016
                                   40.00%
                                   20.00%                                        2015
                                   0.00%
                                         Kelantan  Kedah  Melaka  Sarawak  Puncak
                                                                        Alam
                                    2015 67.80%  71.30%  75.50%  76.90%  83.42%
                                    2016 67.86%  87.80%  92.50%  88.05%  82.91%
                                    2017 75.50%  49.30%  81.92%  55.88%  92.98%
                                   Gambarajah 7.18: Peratus Bergraduat Mengikut Kampus

               untuk  melahirkan  60,000  akauntan  bertauliah  selain  mengisi  keperluan  tenaga  kerja  di  pihak
               industri. Gambarajah 7.18 merakamkan perbandingan purata peratus pelajar yang bergraduat
               dalam tempoh bagi tahun 2015 hingga 2017 mengikut kampus cawangan. Pada tahun 2017,
               FPN  mencatat  prestasi  yang  sangat  membanggakan  dan  di  kedudukan  terbaik  berbanding
               dengan empat kampus cawangan dengan purata GOT 92.98%.

               2)    Kebolehpasaran Graduan















                                 Gambarajah 7.19: Status Graduan FPN Semasa Konvokesyen

               Keberkesanan penglibatan pelanggan di dalam tiga projek utama pembangunan pelajar turut
               menyumbangkan  kepada  kadar  kebolehpasaran  yang  tinggi  di  kalangan  pelajar  FPN.    Hasil
               kajian  pengesanan  graduan  UiTM  2017  seperti  di  Gambarajah  7.19  menunjukkan  peratusan
               kebolehpasaran  pelajar  FPN  melepasi  sasaran  80%  yang  telah  ditetapkan  oleh  fakulti  iaitu
               81.3%.


                                                             55
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106