Page 105 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 105

tahun  2015,  9  program  pada  tahun  2016  dan  11  program  pada  tahun  2017.  Untuk
               perbandingan  antara  FPN  dengan  fakulti-fakulti  lain  di  universiti-universiti  awam,  yang
               mempunyai  jaringan  dengan  organisasi  yang  hampir  sama  dengan  FPN,  di  dapati
               keberkesanan  adalah  jauh  lebih  baik  untuk  FPN  kerana  UiTM  merupakan  satu-satunya
               Universiti Awam yang menawarkan program Profesional. Oleh itu, hasilnya telah mendatangkan
               manfaat dari segi sokongan berterusan oleh badan-badan profesional terhadap aktiviti pelajar
               yang  dapat  dinilai  antaranya  perolehan  penajaan,  penganjuran  program  secara  kolaborasi,
               perkongsian  idea  dan  lain-lain.  Sokongan  seperti  ini  tidak  terdapat  aplikasinya  di  Universiti
               Awam  yang  lain  kerana  ketiadaan  program  profesional  yang  ditawarkan.  Malahan  dengan
               adanya  program  profesional,  industri  lebih  mendekati  FPN  kerana  graduan  yang  dilatih  dari
               orientasi  badan  profesional  serta  graduan  profesional  sentiasa  diminati  oleh  industri  untuk
               bekerja sebaik sahaja tamat pengajian.

               3)    Bilangan Penajaan oleh Pihak Industri dan Badan Profesional

               Jika  dilihat  daripada  penglibatan  pihak  luar  sebagai  penaja  program,  FPN  telah  mendapat
               sokongan yang tinggi daripada mereka yang bertindak sebagai penaja utama. Penaja-penaja
               terdiri  daripada  badan  profesional  seperti  CPA  Australia,  ICAEW,  ACCA  dan  lain-lain.  Pihak
               industri terdiri daripada firma audit seperti KPMG, Deloitte, BDO, PWC dan EY dan syarikat-
               syarikat terkemuka seperti Celcom Timur, Bank Rakyat, Putrajaya Holding, Talent Corporation
               Malaysia  Berhad  dan  lain-lain.  Pada  tahun  2015,  sebanyak  5  penaja  terlibat  memberi
               sumbangan dalam program Asian Conference on Accounting Education (ACAE) 2015 sebanyak
               RM143,000, 9 penaja dalam program Alumni Homecoming 2016 sebanyak RM73,020, dan 7
               penaja pada tahun 2017 sebanyak RM 37,000 menerusi program UiTM Accounting
               Conference,  Charity  Fun  Run  dan  International  Conference  on  Accounting  and  Muamalat
               (ICAM). Jumlah kutipan sumbangan ini melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM 50,000
               bagi 2015 dan 2016.  Walaubagaimanapun, penurunan jumlah pihak penaja dan jumlah tajaan
               pada 2017 adalah disebabkan faktor tarikh program yang dijalankan pada penghujung tahun di
               mana terdapat kekangan kewangan pihak penaja berpotensi pada penghujung tahun.

               Keberkesanan  penglibatan  pelanggan  juga  dapat  dilihat  melalui  penajaan  penubuhan  Ind-E-
               Zone  (Industry  Engagement  Zone).  Inisiatif  penubuhan  Ind-E-Zone  ini  adalah  atas  tawaran
               pihak  Talent  Corporation  Malaysia  Berhad  untuk  Fakulti  Perakaunan,  UiTM  Puncak  Alam.
               Tajaan ini diberikan khusus untuk FPN berbanding dengan universiti lain yang mendapat tajaan
               bagi  pihak  universiti  secara  keseluruhan.  Program  ini  adalah  cetusan  idea  dan  cadangan
               daripada bekas Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai satu platform untuk memberi
                                                                         ruang kepada pihak industri bertemu
                 10                         9                            secara langsung dengan mahasiswa

                  8                                      7               di UiTM. Pihak penaja utama, Talent
                                                                         Corporation  Malaysia  Berhad  telah
                  6            5                                         menaja  kelengkapan  perabot  dan
                  4                                                      prasarana  seperti  sofa,  TV  plasma,
                                                                         Bean  Bag  dan  lain-lain  untuk
                  2                                                      kegunaan  pelajar  di  ruangan  Ind-E-
                  0                                                      Zone  ini.  Selain  itu,  firma-firma
                                 Bilangan Penaja Program                 perakaunan,  syarikat  multinasional
                                                                         dan  badan-badan  profesional  lain
                                  2015    2016   2017                    juga   turut   menyumbang     dalam
                                                                         penubuhan     Ind-E-Zone.   Dengan
                    Gambarajah 7.24: Bilangan Penajaan Dari Badan        adanya  Ind-E-Zone  ini,  banyak
                                      Profesional                        aktiviti-aktiviti   yang   melibatkan


                                                             59
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110