Page 104 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 104

ditetapkan  pada  2017  iaitu  (1).  Dengan  termeterainya  MoU  dan  MoA,  spin-offnya  telah
               menghasilkan pelbagai manfaat kepada pelajar. Sehingga kini, pelajar FPN sering menerima
               tawaran  biasiswa  untuk  menyambung  pengajian  dalam  bidang  profesional  daripada  Talent
               Corporation  Malaysia  Berhad  hasil  daripada  aktiviti  yang  dipersetujui  di  dalam  MOU  yang
               dimeterai.  Di  samping  itu,  pelajar  FPN
               juga  merupakan  salah  seorang  pelajar
               yang     mendapat     tajaan    biasiswa
               daripada pihak Deloitte Malaysia. Tajaan
               ini  diberikan  hanya  kepada  tiga  buah
               universiti  di  Malaysia  iaitu  UiTM,
               Universiti  Malaya  dan  Kolej  Universiti
               Tunku  Abdul  Rahman.  FPN  juga
               merupakan  institusi  pertama  dengan
               kerjasama  Sunway  University  yang
               menganjurkan  konferensi  melibatkan
               pelajar,  bersama  negara-negara  Asia.
               Dengan  Century  Software  pula,  FPN         Gambarajah 7.23: Bilangan Penceramah Dari
               adalah  yang  pertama  juga  memeterai                    Badan Profesional
               persefahaman untuk tujuan perkongsian dan latihan bagi perisian komputer di dalam program
               akademik  untuk  pelajar.  Dengan  MICPA,  FPN menerima  biasiswa  paling  ramai  untuk  pelajar
               mengikuti program parallel MICPA. Selain itu, banyak aktiviti pelajar dapat dijalankan dengan
               melibatkan pihak luar yang terbabit dalam MOU dan MOA seperti aktiviti ceramah, kepimpinan
               dan lain-lain.

               2)    Bilangan Penceramah dari Industri dan Badan Profesional

               Satu langkah untuk meningkatkan jaringan                                         28
               bestari  antara  pelajar  dan  pihak  industri   30                   26
               dan  badan  profesional,  FPN  juga  giat     25
               menjemput  wakil  pihak  industri  untuk      20
               berkongsi  tips  dan  ilmu  pengetahuan                   16
               seiring  dengan  keperluan  dan  kehendak     15
               pihak  industri  terhadap  graduan  FPN.      10
               Seramai  16  penceramah  daripada  pihak
               industri telah hadir ke FPN untuk bersama      5
               pelajar  pada  tahun  2015,  26  penceramah    0
               pada  tahun  2016  dan  28  penceramah                    Bilangan Penceramah dari Industri
               daripada  pihak  luar  pada  tahun  2017.                    2015   2016   2017
               Kehadiran     penceramah       memberikan
               pelajar  banyak  pendedahan  terhadap
               keperluan  dan  persediaan  mereka  untuk       Gambarajah 7.22: Bilangan Penceramah Dari
               melangkah  ke  alam  pekerjaan.  Kehadiran                        Industri
               ramai  penceramah  profesional  ini  membuktikan  mereka  merupakan  pelanggan  yang
               mempunyai kadar kepuasan hati yang tinggi terhadap kualiti pelajar dan graduan FPN seperti
               disasarkan  FPN.  Fakta  ini  juga  disokong  oleh  data  QS  Ranking  bagi  kategori  Employers’
               Reputation antara yang tertinggi untuk 2017.

               Selain  itu,  sebagai  satu-satunya  fakulti  daripada  Universiti  Awam  yang  menawarkan
               program  Profesional,  penglibatan  badan-badan  profesional  seperti  CIMA,  ACCA,  MICPA,
               ICAEW  dan  CPA  Australia  dilihat  memberi  impak  positif  kepada  pelajar.  Adalah  direkodkan
               bahawa terdapat 8 program yang telah diadakan oleh badan profesional bersama pelajar pada


                                                             58
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109