Page 102 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 102
Statistik tersebut menunjukkan bahawa FPN berjaya mewujudkan sistem yang mampu
menyediakan peluang kerjaya impian kepada graduan supaya mereka ditempatkan di tempat
sepatutnya di dalam pasaran ekonomi negara bagi mengelakkan pengangguran dan
underemployment. Ianya juga dilihat sebagai kejayaan FPN dalam membentuk satu kurikulum
yang seimbang (Kualiti Program) dari sumber yang kompeten (Kualiti Pensyarah) yang mampu
menyediakan individu bukan hanya pakar dalam ilmu pengetahuan tetapi juga berkualiti dan
mempunyai attribute yang diperlukan dalam bidang pekerjaan (Kualiti Pelajar). Kejayaan ini
juga menjadikan FPN terus menjadi penyumbang utama kepada keperluan akauntan Negara
selari dengan aspirasi negara yang memerlukan seramai 60,000 akauntan menjelang tahun
2030.
3) Kejayaan Pelajar Dalam Bidang Sukan
Kejayaan pelajar FPN bukan
sahaja dari segi akademik malahan
juga bidang sukan. Penyertaan dalam
bidang sukan dapat meningkatkan
keyakinan diri pelajar serta mengajar
mereka tentang erti tidak putus asa
serta kerjasama pasukan. Pelajar FPN
kini dilihat lebih holistik dalam
merencana masa depan hasil dari
bergiat aktif dalam bidang sukan.
Antaranya penyertaan pelajar dalam Gambarajah 7.20: Kejayaan Pelajar FPN Dalam
sukan bola sepak, ragbi, futsal, bola Bidang Sukan
jaring, bola tampar, tenis dan lain-lain.
Untuk menggalakkan lagi minat dan penyertaan pelajar dalam bidang sukan, pihak fakulti turut
berkolaborasi dengan badan profesional perakaunan iaitu MICPA dengan menganjurkan acara
“MICPA-CAANZ Games” yang meliputi sukan bola jaring, paint-ball, dodge ball dan lain-lain.
Ianya telah menarik lebih 30 penyertaaan dalam kalangan pelajar FPN. Gambarajah 7.20
menunjukkan jumlah kejayaan pelajar mengikut tahun yang menyaksikan peningkatan jumlah
pelajar dalam arena sukan.
Senarai di bawah adalah beberapa acara sukan yang mencatatkan kemenangan
membanggakan di kalangan pelajar FPN:
Jadual 7.6: Senarai Kejohanan Sukan Pelajar FPN
NAMA PELAJAR/KUMPULAN ACARA KEJOHANAN KEDUDUKAN TAHUN
Fakulti Perakaunan Catur Karisma Juara 2017
Fakulti Perakaunan Bola Baling Karisma Juara 2017
Fakulti Perakaunan Bola Keranjang Karisma Naib Juara 2017
Syed Muhammad Rifaie Sayed Pencak Silat Karisma Ketiga 2017
Lawi
Kumpulan SOKOKNIGHT/FPN Paintball MICPA-CAANZ Juara 2017
Games
Kumpulan VANDETTA/FPN Bola Jaring MICPA-CAANZ Juara 2017
Games
Kumpulan King ACC FC/FPN Futsal MICPA-CAANZ Naib Juara 2017
Games
Kumpulan Bawang/FPN Dodgeball MICPA-CAANZ Naib Juara 2017
Games
Nursyafiqa Mohd Halim Bowling SAF Juara 2017
56

