Page 41 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 41
KEPIMPINAN
1.1 PENGENALAN
Kepimpinan kanan adalah tunggak utama dalam memacu visi FPN menjadi pusat rujukan
utama dan pemangkin kepada Pendidikan dan Profesion Perakaunan di Malaysia, selaras
dengan moto fakulti - ‘Leader in Accounting Education’. Kepimpinan yang berkaliber lagi
berdedikasi diketuai oleh Dekan dan disokong oleh tiga (3) Timbalan Dekan iaitu Timbalan
Dekan Akademik (TDA), Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TDHEP), Timbalan Dekan
Penyelidikan, Inovasi & Jaringan Industri (TDRICAEN) dan seorang Timbalan Pendaftar Kanan
(TPK). Kepimpinan kanan turut dibantu oleh lima (5) orang Ketua Pusat Pengajian (KPP) dan
tiga belas (13) orang Koordinator. Pada penghujung tahun 2017, FPN telah menerima
pelantikan Dekan baru bagi menggantikan Dekan sebelum ini yang tamat tempoh perkhidmatan
(Rujuk Gambarajah 1.1). Peralihan kuasa ini tidak membantutkan usaha untuk terus mencipta
kecemerlangan, malah gandingan mantap di antara pemimpin berpengalaman dan pelapis
muda memperkukuhkan lagi pengurusan FPN terutamanya dalam operasi pembangunan hal
ehwal pelajar (HEP), dan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Carta organisasi FPN adalah
seperti di Lampiran P.3.
2015 – 2017 2018
Gambarajah 1.1: Kepimpinan Kanan FPN
1.2 PERANCANGAN SISTEMATIK MENGGERAKKAN BIDANG TUMPUAN
Bagi melahirkan graduan Bumiputera yang holistik selaras dengan Malaysia Education
Blueprint, serta sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mensasarkan
60,000 akauntan profesional menjelang tahun 2030; kepimpinan kanan FPN sentiasa bertindak
proaktif dalam memastikan perancangan strategik fakulti tetap mantap, mampu memenuhi
kehendak dan keperluan pelanggan, dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Bagi tujuan
tersebut, beberapa siri perbincangan diantara kepimpinan kanan dan pentadbir akademik diatur
untuk mengkaji pencapaian terdahulu.
Seterusnya ahli jawatankuasa perancangan strategik digerakkan untuk menghasilkan pelan
strategik 2016 – 2020 yang komprehensif. Berpandukan kepada visi dan misi UiTM,
perancangan strategik (PS) FPN yang disediakan pada tahun 2014 (Rujuk Lampiran 1.1),
budaya IQRA’ fakulti, serta tiga teras penting fakulti iaitu Kualiti Program, Kualiti Pelajar dan
Kualiti Pensyarah (3Q); kajian semula PS FPN 2016-2020 telah diadakan pada 22 Disember
2015.
1

