Page 43 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 43
1.3 PENDEKATAN DAN KAEDAH MENGGERAKKAN BIDANG TUMPUAN
Pelbagai pendekatan yang sistematik telah digunakan bagi memastikan inisiatif pengurusan
dan pembangunan pelajar dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya adalah dengan
memperkasakan struktur organisasi BHEP. Bagi melancarkan lagi proses pengurusan,
pengendalian dan pemantapan aktiviti pelajar yang diketuai oleh Timbalan Dekan (HEP),
beberapa unit khas telah dibentuk dalam tahun 2015-2017, iaitu Jawatankuasa Tatatertib
Pelajar, Jawatankuasa Sahsiah Rupadiri Pelajar dan barisan penasihat persatuan pelajar,
manakala Jawatankuasa Care Unit dimantapkan pelaksanaannya. Kesemua unit ini dibentuk
dan dimantapkan bagi memastikan segala cabaran dalam merealisasikan OS FPN dapat diatasi
secara berhemah dan telus (Rujuk Carta Organisasi seperti di Lampiran P.3).
Disamping itu, pendekatan kolaborasi bersama pihak dalam dan luar universiti juga menjadi
keutamaan barisan kepimpinan kanan dalam pengurusan dan pembangunan pelajar. Untuk itu,
pelaksanaan aktiviti yang dirancang oleh setiap ahli jawatankuasa telah mendapat bantuan dan
sokongan terus dari jabatan-jabatan di UiTM; iaitu Unit Kaunseling dan Kerjaya, Unit Polis
Bantuan, Pejabat Undang-undang, Institut Kepimpinan Pelajar dan Pejabat Pembangunan
Pelajar. Ini penting bagi memastikan dalam usaha mencapai objektif strategik FPN, peraturan,
undang-undang dan arahan semasa tidak dikesampingkan. Syarikat-syarikat multinasional,
badan-badan profesional perakaunan, firma-firma perakaunan dan pengauditan dan syarikat
kaitan kerajaan juga dilibatkan secara langsung bagi memastikan fakulti sentiasa relevan
dengan kehendak industri. Gambarajah 1.4 menunjukkan antara kolaborasi yang telah
dijalankan sepanjang tahun 2015-2017.
2017
• ICAM: Bersama University of China
• Jejak Asnaf-LZS 2015
• MICPA Accountant’s Dash-MICPA • ACAE: Bersama Sunway University
• CSR Program to Zoo Negara with KPMG • Jejak Asnaf- Lembaga Zakat Selangor (LZS)
• Youth Business Challenge-KPMG
• PWC Tax Case Study Challenge
• SMF Helping Hand-Feed The Homeless
2016
• MICPA-CAANZ Accountancy Week
• Jejak Asnaf-LZS
Gambarajah 1.4: Kolaborasi/Penganjuran Bersama Dalam Aktiviti Pelajar Tahun 2015-2017
Penekanan terhadap amalan budaya IQRA’ Accountancy juga menjadi asas dalam
mengerakkan proses pemantapan aktiviti pelajar. Seperti yang dinyatakan sebelum ini,
penekanan elemen 3Es (Engaging Lecturers, Empowering Students, dan Enabling
Governance) menitikberatkan penglibatan pensyarah dalam melahirkan graduan bumiputera
profesional di dalam bidang Perakaunan yang mana perlu disokong oleh sistem tadbir urus
yang berkualiti dan berakauntabiliti. Berasaskan 3 elemen utama ini, kepimpinan kanan
sentiasa memastikan semua proses adalah telus dan berkualiti dalam melahirkan graduan
dinamik yang berjaya.
3

