Page 44 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 44

Bagi  memastikan  setiap  inisiatif  dapat  dilaksanakan  dengan  jayanya,  dan  penyebaran
               maklumat  yang  efektif  dan  berkesan  kepada  pihak-pihak  berkepentingan,  terdapat  pelbagai
               medium  komunikasi  yang  digunakan  oleh  pihak  kepimpinan  kanan  FPN.  Antara  kaedah
               komunikasi  dua  hala  dan  terbuka  yang  diamalkan  adalah  sesi  amanat  Dekan,  taklimat
               Timbalan-timbalan  Dekan,  perjumpaan,  dan mesyuarat  bersama  warga  FPN.  Seiring  dengan
               perkembangan teknologi terkini dan sifat Generasi Y yang sentiasa mahukan maklumat yang
               boleh  terus  dicapai  tangan,  aplikasi  media  sosial  seperti  WhatsApp,  Facebook,  laman
               sesawang, laman Instagram FPN dan emel turut dijadikan sebagai saluran komunikasi utama
               (rujuk  Gambarajah  1.5).    Ini  sejajar  dengan  prinsip  kepimpinan  kanan  yang  sentiasa
               menggalakkan  cetusan  idea  baru  untuk  tujuan  penambahbaikan  ke  atas  sistem  pengurusan
               FPN.


                        https://www.Facebook.com/ww                          FacAccount_UiTM
                        w.fpn.uitm.edu.my/





                   https://www.Instagram.com/faculty.
                   of.accountancy.uitm?hl=en                                ACADEMIK FACT




                                             Gambarajah 1.5: Aplikasi Media Sosial


               1.4 PELAN PEMANTAUAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
               Kepimpinan  kanan  sangat  optimis  dalam  merealisasikan  objektif  strategik  yang  dirancang.
               Justeru,  pelan  tindakan  pemantauan  secara  sistematik  dan  berterusan  dilaksanakan  melalui
               mekanisma  seperti  mesyuarat  pengurusan,  pembentangan  bajet  aktiviti  pelajar,  laporan
               kewangan persatuan dan penyediaan laporan kemajuan (Rujuk Jadual 1.1).

               Seiring  dengan  penggunaan  mekanisme  penyebaran  maklumat  kepada  pihak-pihak
               berkepentingan melalui penggunaan media sosial, pemantauan dan penerimaan maklumbalas
               dari  semua  pemegang  taruh  turut  menggunakan  platform  yang  sama.    Aplikasi  media  sosial
               seperti WhatsApp, Facebook, laman sesawang, laman Instagram FPN dan emel turut dijadikan
               sebagai bentuk pemantauan dengan menerima maklumbalas dari pelbagai pihak.




















                                                              4
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49