Page 42 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 42
Kepimpinan kanan FPN telah menetapkan tahun 2016-2018 adalah sebagai tahun pemantapan
dan penambahbaikan. Sehubungan itu, kepimpinan kanan FPN, bersama dengan ahli
jawatankuasa perancangan strategik dan HEP Think Tank yang diberi nama “The TUNs” telah
berganding bahu bersama-sama memantapkan pelan strategik 2016 – 2020 yang lebih
komprehensif dan mefokuskan kepada pengurusan dan pembangunan pelajar yang
merangkumi pembangunan intelektual pelajar, pembangunan kepimpinan pelajar,
pembangunan kerohanian dan kebajikan pelajar. Lima objektif strategik (OS) bagi pemantapan
pengurusan HEP seperti Gambarajah 1.2 berikut:
Melahirkan Memperkasakan Melahirkan Meningkatkan Melahirkan
graduan dinamik jaringan bersama graduan kompetensi graduan
yang memenuhi industri dan alumni bercirikan pelajar yang bercirikan
kehendak sebagai kepimpinan, berdaya saing. kerohanian dan
industri bagi pendedahan inovatif dan (OS 10) insaniah yang
meletakkan teknikal kepada berani bagi berperanan
nama Fakulti di pelajar. menyumbang mebangunkan
mata dunia. (OS 8) kepada diri, ilmu,
(OS 7) pembangunan masyarakat dan
negara. negara.
(OS 9) (OS 11)
Gambarajah 1.2: Objektif Strategik Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Pelajar
Demi merealisasikan OS yang dirancang, tiga projek utama iaitu CEO in the Making, Zero to
Hero dan #JumpadiSyurga telah diluluskan pelaksanaannya. Tiga projek ini diterajui oleh
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan turut dikawal-selia oleh tiga bahagian pengurusan
utama fakulti iaitu Hal Ehwal Akademik (HEA), Penyelidikan, Inovasi & Jaringan Industri
(RICAEN) dan Pentadbiran. Kepimpinan kanan turut mendelegasikan kuasa tertentu kepada
penyelaras yang kompeten, dan jawatankuasa khas yang meliputi jawatankuasa tetap ataupun
ad-hoc bagi memastikan pelaksanaan pelan strategik FPN berjalan lancar sepertimana yang
dijadualkan. Gambarajah 1.3 merumuskan pendekatan dan kaedah menggerakkan bidang
tumpuan.
CEO in the Making –OS9 Zero to Hero-OS10
HEP dan RICAEN HEP dan HEA
AJK Grooming for Leaders AJK GOT-Q
AJK Accounting Leadership Camp (ALC) AJK Mentor-Mentee
Penasihat persatuan AJK IRC
Timbalan Dekan AJK Care Unit
Koordinator
Penyelaras
#JumpadiSyurga-OS11
HEP dan RICAEN Timbalan Pendaftar Kanan
AJK Bubur Lambuk
Staf Pentadbiran
Gambarajah 1.3: Bahagian Pengurusan dan Jawatankuasa Pelaksana
2

