Page 59 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 59
2.7 PENERAPAN AMALAN DAN PEMBUDAYAAN
Penerapan Budaya IQRA’ diteruskan dalam PS 2016-2020 yang menekankan tiga elemen
penting iaitu; Kualiti Program, Kualiti Graduan dan Kualiti Pensyarah bagi menghasilkan
fenomena celik pengetahuan dikalangan warga FPN. Menerusi mekanisma empowering
students pelajar sedaya upaya dipupuk untuk mempraktikkan pembudayaan Iqra’ dengan
usaha dan inisiatif menggarap ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kompetensi diri dan
berdaya saing dalam penyertaan program seperti CIMB Stock Exchange Challenge atau
Deloitte Tax Challenge. Sudah pastinya, dengan tertanamnya budaya Iqra’ dikalangan pelajar,
akan lahirlah graduan dinamik seimbang dari segi intelektual, kepimpinan, rohani dan jasmani
serta dapat memenuhi keperluan pasaran global. Disamping itu kepimpinan FPN yang sentiasa
mengamalkan budaya muhasabah diri, pandang ke hadapan, dan rancang masa depan amat
signifikan dalam memastikan FPN terus menerajui pendidikan perakaunan, selari dengan
slogan ”Leader in Accounting Education”.
2.8 INOVASI PENAMBAHBAIKAN PERANCANGAN STRATEGIK
Penilaian semula perancangan strategik pada 22 Disember 2015 yang menekankan kepada
proses penambahbaikan dan pemantapan Perancangan Strategik FPN 2016-2020
menyaksikan tiga inovasi yang bersifat futuristik dan mesra pemegang taruh. Tiga inovasi yang
dihasilkan adalah tiga projek yang dinamakan Zero to Hero, CEO in the Making dan
#jumpadisyurga.
18

