Page 82 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 82
TUMPUAN KEPADA OPERASI
6.1 PENGENALAN
FPN sentiasa komited dalam memastikan operasi Pengurusan Dan Pembangunan Pelajar
(PPP) berada pada tahap yang tinggi selaras dengan objektif fakulti bagi untuk melahirkan
modal insan yang lebih holistik, berkepimpinan, cemerlang akademik dan rohani. Oleh itu,
FPN sentiasa memastikan operasi PPP dirancang dengan baik agar pelaksanaan dapat
dijalankan secara berstruktur, teliti, efektif dan sistematik. Pemantauan pelaksanaan secara
berkala dan berterusan dibuat bagi memastikan keberkesanan tiga fokus utama PPP iaitu
Pembangunan Intelektual Pelajar, Pembangunan Kepimpinan Pelajar dan Pembangunan
Rohani Dan Kebajikan Pelajar.
6.2 PROSES UTAMA MENYOKONG PELAKSANAAN OBJEKTIF STRATEGIK
Proses utama yang terlibat dalam operasi PPP adalah proses penganjuran aktiviti pelajar.
Proses ini diwujudkan dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan PPP berada pada
tahap yang tinggi bagi melahirkan modal insan yang holistik, berkepimpinan, cemerlang
akademik dan rohani serta kelestarian pencapaian objektif strategik. Proses ini digunapakai
di dalam setiap perlaksanaan inisiatif stategik bagi mencapai objektif strategik yang
ditetapkan. Berdasarkan kepada carta alir proses penganjuran aktiviti pelajar (Rujuk Lampiran
6.1) terdapat tiga proses utama di dalam proses penganjuran aktiviti pelajar iaitu proses
meluluskan kertas kerja, melaksanakan program dan menyediakan laporan perlaksanaan
program. Bagi memastikan kecekapan proses ini, KPI telah ditetapkan seperti di rajah berikut:
MELULUSKAN KERTAS MENJALANKAN PROGRAM MENYEDIAKAN LAPORAN
KERJA
KPI: KPI: KPI:
Menerima Kertas kerja Kehadiran pelajar 100% Laporan dihantar dalam masa 2
lengkap Tidak bertindih dengan waktu minggu selepas program
Kelulusan dalam tempoh 1 kelas/ujian Laporan mestilah lengkap beserta
borang kepuasan hati pelanggan
minggu
Bagi menjamin keberhasilan KPI proses diatas beberapa mekanisma diwujudkan seperti
garispanduan penyediaan kertas kerja, borang persiapan program dan edaran pekeliling yang
dikuatkuasakan universiti.
Mekanisma tersebut telah membantu kecekapan operasi PPP dan seterusnya dapat
menghasilkan output seperti perkongsian yang bermanfaat kepada pelajar dan penyediaan
resume yang baik.
37

