Page 78 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 78

Klang.  Selain  itu,  fakulti  juga  menganjurkan  sambutan  Hari  Raya  peringkat  FPN  bagi
                    mengeratkan silaturrahim sesama staf.









               c)  FPN turut memberi ucapan penghargaan melalui emel bagi setiap kejayaan yang dicapai
                    oleh  Bahagian  Hal  Ehwal  Pelajar.  Sebagai  contoh,  emel  penghargaan  diberikan  bagi
                    mengiktiraf pencapaian cemerlang kontinjen fakulti sebanyak 30 pingat dalam pertandingan
                    IIDEX 2017.
               d)  Dengan  semangat  kerjasama  dan  komitmen  yang  tinggi  oleh
                    semua warga FPN berjaya   menjuarai AKNC bagi kategori P&P
                    semasa majlis Bulan Inovasi 2017.
               e)  E-mel ucapan persaraan, perpindahan dan sambutan hari lahir
                    dihantar  kepada  individu  terlibat  dan  untuk  makluman  warga
                    fakulti.

               5.4 PENAMBAHBAIKAN PERSEKITARAN DAN SISTEM KERJA
               FPN menekankan persekitaran dan sistem kerja yang kondusif bagi
               membantu  proses  pembangunan  pelajar.  Suasana  pembelajaran
               yang  selesa  secara  tidak  langsung  membantu  kelancaran  tugas  di
               fakulti,  di  samping  meningkatkan  lagi  semangat  untuk  bekerja  dan
               belajar  dikalangan  staf  dan  pelajar,  memupuk  tingkah  laku  yang
               positif  dan  mengeratkan  silaturrahim  antara  warga  fakulti.  Antara
               tindakan  yang  diambil  bagi  memastikan  persekitaran  kerja  dan
               sistem kerja yang kondusif adalah:
               1.  Menyediakan  bilik  aktiviti  pelajar  yang  luas,  selesa  dan  berhawa  dingin  serta  dilengkapi
                  dengan alatan, perabot dan kelengkapan yang mencukupi.  Bilik ini diberi nama Ind-E-Zone
                  (Industry Engagement Zone) dan merupakan sumbangan daripada pihak Talent Corporation
                  Malaysia Berhad khas untuk Fakulti Perakaunan, UiTM Kampus Puncak Alam.






               2.  Bagi menjamin kualiti pelajar, bilik kuliah dilengkapi dengan alat bantuan mengajar seperti
                  LCD, papan putih, komputer, meja, kerusi dan penghawa dingin.
                  Tong  sampah  yang  mencukupi  juga  disediakan  bagi  menjamin
                  kebersihan persekitaran kerja.
               3.  Menganjurkan aktiviti 5S dan gotong royong setiap 6 bulan sekali
                  bagi memastikan kebersihan dan keceriaan ruang.
               4.  Menganjurkan program Zumba yang melibatkan semua staf bagi
                  menjamin  hubungan  baik  antara  staf  pentadbiran  dan  staf
                  akademik di UiTM Kampus Puncak Alam pada 25 Ogos 2017.



                                                             34
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83