Page 80 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 80

5.6 AMALAN DAN PEMBUDAYAAN SISTEM KERJA
               Amalan  atau  pembudayaan  yang  dihasilkan  daripada  proses  pengurusan  sumber  manusia
               adalah    melalui   mengamalkan      gaya    hidup   sihat   dengan    menganjurkan     aktiviti
               senamrobik/Zumba/5S  pada  setiap  tahun.  Semua  staf  FPN  adalah  dijemput  menyertai
               senamrobik/Zumba  tersebut.  Pada  tahun  2017,  FPN  telah  menganjurkan  Program  Zumba
               Merdeka  dengan  kerjasama  Fakulti  Pengurusan  Perniagaan.  Ini  adalah  bagi  mengeratkan
               silaturrahim anatara kedua-dua fakulti yang pejabatnya bersebelahan.

               Program  seumpama  ini  penting  bagi  membudayakan  cara  hidup  sihat  dalam  kehidupan
               seharian bagi menjamin mutu kerja dan tahap keupayaan yang maksimum untuk menghasilkan
               produktiviti  yang  baik.  Selain  itu,  ia  merupakan inisiatif  bagi menerapkan  budaya  gaya  hidup
               sihat  dalam  kalangan  warga  fakulti.  Dengan  penganjuran  program  kesihatan  seperti  ini,  ia
               adalah antara cara menggalakkan komunikasi secara langsung di kalangan pihak pengurusan
               fakulti bersama-sama warga kerja fakulti.

               Manakala program 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana ia
               membantu fakulti:
                   a)  Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
                   b)  Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
                   c)  Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh staf fakulti untuk penyelesaian
                       masalah dan penambahbaikan;
                   d)  Semua  pekerja  akan  lebih  berdisiplin  dan  beretika  untuk  menghasilkan  prestasi  kerja
                       yang lebih baik;
                   e)  Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
                   f)  Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
                   g)  Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej fakulti.


               5.7 INOVASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
               Antara  inovasi  yang  terhasil  dari  pelaksanaan  proses  pengurusan  sumber  manusia  adalah
               penstrukturan  Carta  Organisasi  BHEP  iaitu  dengan  mewujudkan  2  jawatankuasa  baru  iaitu
               Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Sahsiah Rupa Diri Pelajar.

               Jawatankuasa  ini  dianggotai  oleh  staf  fakulti.    Jawatankuasa  Tatatertib  Pelajar  (HEP)
               diwujudkan pada 15 April 2016 dan dilantik oleh Naib Canselor UiTM. Jawatankuasa ini boleh
               mengambil tindakan terhadap kes-kes yang berkaitan dengan:
               •  Ketidakhadiran Program – Program fakulti
               •  Kesalahan berkaitan rokok

               Manakala, Jawatankuasa Sahsiah Rupa Diri Pelajar boleh mengambil tindakan dan memberi
               teguran secara terus kepada pelajar, menganjurkan Ops Sikap Sahsiah Rupadiri Pelajar dan
               juga  mengeluarkan  saman  kepada  pelajar  yang  tidak  mematuhi  sahsiah  rupadiri  pelajar.
               Penubuhan  jawatankuasa  ini  memberi  kesan  positif  iaitu  ketidakhadiran  pelajar  ke  Porgram
               program  wajib  pelajar fakulti telah  berkurangan dan  pelajar  lebih  mematuhi  sahsiah  rupa  diri
               pelajar.







                                                             36
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85