Page 79 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 79
5. Menggalakkan staf FPN mengikuti latihan dan konferensi bagi
meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam bidang masing-masing.
Pemahaman yang baik dapat meningkatkan prestasi kerja.
6. Mengadakan kerjasama dengan pihak Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS) melalui Program Cinta Ilmu (ProCIL) dan
Santai Pagi bersama Kaunselor pada setiap pagi Jumaat secara
berselang seli bagi memantapkan pengisian kerohanian dan
pemikiran kreatif di kalangan staf fakulti.
7. Mengadakan kerjasama dengan pihak ACCA (UK), CIMA (UK), dan CPA (Australia) untuk
membiayai yuran pengajian bagi staf akademik yang mahu mengambil peperiksaan program
Profesional Perakaunan ACCA (UK), CIMA (UK), dan CPA (Australia).
5.5 PENGURUSAN RISIKO
Risiko utama yang boleh menjejaskan pencapaian objektif strategik yang dirancang adalah
kegagalan perlaksanaan aktiviti/ inisiatif dengan berkesan akibat daripada ketidaklibatan
pensyarah yang dilantik dan aktiviti tidak mendapat sambutan dari pensyarah. Untuk mengatasi
isu ini, pihak HEP FPN bertindak untuk memantau penglibatan sumber manusia yang telah
dilantik sebagai penasihat dan pengiring dengan menyertai sama aktiviti yang dijalankan di
samping menemubual pelajar yang terlibat. Tindakan akan dikenakan sekiranya terbukti
ketidaklibatan secara sengaja dengan mengenakan penalti pada skor SKT pensyarah
berkenaan (Rujuk Jadual 5.2). Selain itu, untuk memastikan sambutan menggalakkan dari
pensyarah untuk menyertai aktiviti pelajar, promosi melalui email dijalankan untuk menjemput
mereka yang berminat. Penglibatan dalam aktiviti pelajar juga dimasukkan dalam pengiraan
SKT dan kenaikan pangkat.
Jadual 5.2: Jenis Risiko Dan Pelan Tindakan Bagi Sumber Manusia
35

