Page 10 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 10
tahun 2018 berbanding perkhidmatan kereta api moden
di Semenanjung Malaysia.
KTM Antarabandar
Stesen Seremban bertindak sebagai hentian KTM
Komuter dan hentian KTM Intercity.
KTM Antarabandar (dalam bahasa Inggeris: KTM
Intercity) merupakan perkhidmatan antarabandar yang
dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu dalam rantau
Semenanjung Malaysia dan Singapura. Perkhidmatan ini
bertujuan untuk membawa penaung antara stesen-
stesen di bandar, pekan dan kampung (bergantung
kepada rantau). KTM Antarabandar kini menggunakan
lokomotif diesel.
Perkhidmatan KTM Antarabandar terdiri daripada
kereta api tempatan dan keretapi ekspres. Laluan Pantai
Barat kini hampir sepenuhnya dioperasikan
menggunakan kereta api ekspres manakala Laluan
Pantai Timur mengoperasikan kedua-dua kereta api
tempatan dan kereta api ekspres.
10

