Page 15 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 15

PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024


        DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS

        Mesyuarat  Jawatankuasa  Khas  Kabinet Mengenai  Antirasuh (JKKMAR) yang pertama  yang
        dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Jun 2018 telah memutuskan bahawa Pelan Antirasuah
        Nasional (NACP) dibangunkan bagi menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) dengan hasrat untuk
        memastikan sistem pentadbiran  negara dapat bergerak dengan  berkesan serta  bebas daripada
        ancaman rasuah bersandarkan prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan sekaligus meningkatkan
        imej negara yang bersih dan berintegriti. Selain itu, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC)
        Nasional ditubuhkan pada 1 Jun 2018 bertujuan untuk merancang, menggubal strategi dan menilai
        dasar bagi memastikan urusan kerajaan dilaksana berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada
        toleransi kepada perbuatan rasuah.

        Penubuhan Unit Integriti FELDA

        Lembaga Pengarah  FELDA telah bersetuju  untuk menubuhkan  Unit  Integriti FELDA berkuatkuasa
        pada 1 Jun 2018. Penubuhan Unit Integriti FELDA sejajar dengan arahan kerajaan melalui Pekeliling
        Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 yang mengarahkan semua agensi kerajaan persekutuan, negeri dan
        badan berkanun menubuhkan Unit Integriti di agensi masing-masing bertujuan meningkatkan integriti
        bagi mencegah jenayah rasuah dan pelanggaran tatatertib. Unit Integriti FELDA diketuai oleh seorang
        pegawai kanan SPRM Gred JUSA C dan akan menjalankan enam (6) fungsi utama iaitu Pengukuhan
        Integriti, Pengurusan Aduan, Pengesanan dan Pengesahan, Tadbir Urus, Pematuhan dan Urus Setia
        Tatatertib.

        Unit  Integriti FELDA  adalah  bertanggungjawab  terus kepada Lembaga Pengarah FELDA  bagi
        mempertingkatkan keberkesanan penubuhannya sejajar dengan kehendak Pekeliling Perkhidmatan
        Bilangan 6 Tahun 2013. Unit Ini akan melaporkan semua aktiviti yang akan dan telah dilaksanakan
        setiap empat bulan  sekali kepada  Lembaga  Pengarah  FELDA dan Bahagian Pengurusan  Integriti
        Agensi (BPIA) SPRM.

        Jawatankuasa Risiko dan Governans Lembaga

        Selain itu, bagi memantapkan pengurusan FELDA, Jawatankuasa Governans Lembaga telah ditubuhkan
        pada 26 September 2019 yang berperanan untuk mengenal pasti, mengkaji serta memperaku pindaan
        kepada mana-mana dasar dan perundangan  serta  peraturan-peraturan  yang dapat mengatasi
        kelemahan pengurusan,  mempertingkatkan  kawalan  terhadap  perlakuan rasuah, percanggahan
        kepentingan, salah guna kuasa, penyelewengan, dan kelemahan pengurusan FELDA.

        Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) FELDA

        FELDA juga telah mewujudkan Jawatankuasa Antirasuah (JAR) selari dengan arahan YAB Perdana
        Menteri No.1 Tahun 2018. JAR bertanggungjawab mengenalpasti isu, masalah dan langkah-langkah
        penambahbaikan  berdasarkan empat terma rujukan yang telah ditetapkan dan mencadangkan
        langkah-langkah penyelesaian dan penambahbaikan kepada JAR peringkat Kementerian. JAR FELDA
        dipengerusikan oleh Pengarah Besar dan dianggotai oleh Ketua-ketua Jabatan FELDA.













                                                       FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024  3
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20