Page 16 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 16

PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024


        Polisi Perangi Jenayah Rasuah FELDA (PPJRF)

        Polisi Perangi Jenayah Rasuah FELDA diwujudkan sebagai panduan untuk mengetahui dan memahami
        kesalahan-kesalahan jenayah rasuah dan lain-lain kesalahan lanjutan daripada perbuatan jenayah
        rasuah atau pelanggaran undang-undang di bawah Akta SPRM 2009. Polisi ini juga menggariskan
        panduan  pelaporan  maklumat  atau  aduan jenayah rasuah dan perlindungan  kepada pemberi
        maklumat, serta seterusnya mengambil  tindakan yang sewajarnya mengikut  kesalahan yang telah
        dilakukan. Polisi ini terpakai kepada semua petugas FELDA, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) FELDA,
        pihak berkepentingan dalam FELDA dan rakan perniagaan FELDA.

        Objektif Polisi Perangi Jenayah Rasuah FELDA adalah seperti berikut:

        a)  Memberi kefahaman dan kesedaran mengenai bentuk-bentuk kesalahan jenayah rasuah;

        b)  Memberi panduan tentang bagaimana untuk memberi maklumat atau aduan berkaitan perbuatan
           jenayah rasuah; dan

        c)  Memberi jaminan kepada pemberi  maklumat  bahawa  aduan yang diberikan akan  dilindungi  di
           bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

        Setiap petugas bukan sahaja  perlu menolak dan menghindari  perbuatan  rasuah tetapi hendaklah
        melaporkan kesalahan tersebut  supaya  tindakan sewajarnya  diambil seterusnya  membendung
        kesalahan ini daripada berleluasa di dalam FELDA.

        Saluran Aduan atau Maklumat Jenayah Rasuah dan Pelanggaran Tatatertib

        Unit Integriti FELDA telah menyediakan saluran aduan melalui pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh
        warga FELDA atau orang ramai yang berurusan dengan FELDA. Antaranya adalah:

        a)  Datang sendiri ke Unit Integriti FELDA di alamat;
           UNIT INTEGRITI FELDA
           Tingkat 34, Menara FELDA,
           Platinum Park, No.11 Persiaran KLCC,
           50088 Kuala Lumpur.

        b)  Menelefon pejabat Unit Integriti FELDA melalui nombor talian 03-2191 2214;

        c)  Melalui E-mel aduanintegriti@felda.net.my;

        d)  Secara bertulis dan hantar sama ada melalui e-mel, serahan tangan atau pos ke alamat di atas..

        Pemberi maklumat atau pengadu yang  mendedahkan sebarang kelakuan tidak wajar iaitu perbuatan
        jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009 dan pelanggaran tatatertib di bawah Akta Badan-Badan
        Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605), Kod Etika & Tatalaku Petugas FELDA serta mana-
        mana peraturan dan prosedur FELDA adalah diberi perlindungan dan identitinya dirahsiakan sejajar
        dengan prinsip-prinsip di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
        (Akta 711).








     4            FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21