Page 18 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 18

PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024


        BAB 2: ISU DAN CABARAN MASA KINI







        ISU DAN CABARAN

        Berdasarkan analisis yang diterima oleh  SPRM sejak tahun 2013-2018, sebanyak  sembilan  punca
        rasuah telah dikenalpasti. Terdapat empat punca utama telah diambil kira dalam membangunkan Pelan
        Antirasuah Nasional (NACP) iaitu  Kelemahan Pentadbiran  (36.43%),  Konflik Kepentingan  (33.12%),
        Kelemahan Kawalan Dalaman dan Ketidakpatuhan (18.97%) serta Kurang Ketelusan (6.45%).

        Imej Malaysia tercemar dengan isu kleptokrasi yang berpunca daripada KETAMAKAN beberapa individu
        melibatkan  skandal  mega seperti  1MDB,  FELDA,  MARA, SRC International, Jabatan  Air  Sabah dan
        Tabung Haji. Skandal ini menyebabkan Malaysia kehilangan berbilion malah trilion ringgit. (Sumber:
        NACP)

        Jika sebelum ini FELDA sentiasa duduk di atas khazanah tunai berbilion ringgit, kini aliran tunai FELDA
        berada pada tahap kritikal. Baki tunai telah merosot daripada purata RM2.5 bilion dalam tempoh 2007
        hingga 2011 kepada hanya RM400 juta pada tahun 2017. Kedudukan baki tunai ini terus menjunam
        sehingga RM35 juta sahaja pada 9 Mei 2018.

        Kekangan aliran tunai juga telah menyebabkan FELDA tidak mampu menampung perbelanjaan operasi,
        kos penanaman semula dan bantuan serta pinjaman untuk peneroka. Isu defisit aliran tunai ini turut
        dibangkitkan dalam laporan audit Jabatan Audit Negara sejak tahun 2016.

        Kelemahan dalam tadbir urus dan perancangan serta ketidakcekapan dalam pelaburan juga menjadi
        isu utama yang dihadapi FELDA. Dalam masa yang sama FELDA turut dibelenggu dengan isu integriti
        dan akauntabiliti yang menjejaskan keseluruhan operasi sehingga menyebabkan organisasi berada
        dalam kedudukan kewangan yang meruncing dan keberhutangan yang tinggi.







                  “Sesungguhnya Allah Taala suka melihat
                       hambaNya berusaha berpenat letih

                              mencari rezeki yang halal”


                                  (Hadis Riwayat Ad-Dailami)














     6            FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23